Legenda Bolasepak Pele Dimasukkan Ke Hospital Namun ‘Stabil’
Legenda Bolasepak Pele Dimasukkan Ke Hospital Namun ‘Stabil’
LEGENDA Brazil Pele telah dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan kanser usus, tetapi berada dalam keadaan stabil.
Pemenang Piala Dunia tiga kali itu memerlukan pembedahan untuk membuang ketumbuhan dalam usus September lalu dan sejak itu terus menjalani kemoterapi sebagai sebahagian daripada proses pemulihan.
Hospital Sao Paulo Albert Einstein mengesahkan semalam bahawa Pele telah dimasukkan ke hospital sekali lagi, sambil menambah dia berada dalam keadaan stabil dan harus dibenarkan keluar dalam beberapa hari akan datang.
Amigos, faz algum tempo que não falamos disso. Eu quero avisar que estou muito bem. Me sinto cada dia melhor. Acho que nem mesmo a máscara para minha proteção consegue esconder a minha felicidade. Muito obrigado a todos vocês, que me mandam boas energias diariamente. pic.twitter.com/0K0lJkFC1i
— Pelé (@Pele) November 17, 2021
Penyerang legenda itu mengalami masalah kesihatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menjalani pembedahan prostat pada 2015 selepas dimasukkan ke hospital dua kali dalam tempoh enam bulan, dan dia dimasukkan ke hospital semula kerana jangkitan kuman pada 2019.
Pele merupakan satu-satunya pemain yang meraih tiga pingat kemenangan Piala Dunia, menjulang trofi itu pada 1958, 1962 dan 1970.
Bekas pemain berusia 81 tahun itu merupakan salah seorang daripada empat pemain yang meledak gol dalam empat penampilan Piala Dunia yang berbeza, manakala kekal sebagai penjaring gol terbanyak Brazil — selepas menemui jaringa 77 kali dalam 92 penampilan buat Selecao.-AA
Legenda Bolasepak Pele Dimasukkan Ke Hospital Namun ‘Stabil’
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Saya bersumpah atas nama Allah – Najib
- Pasukan Khas siasat buku Tommy Thomas
- Drama bertama gay, keluarga Danish serah pada peguam
- Di Malaysia pecah rumah, di Indonesia rompak bank
- Dah macam budak suruhan PPBM
- Kanser Elyana sudah hilang
- Pembunuhan karakter bukan pembunuh biasa-biasa
- Sikap Pas akan memenangkan UMNO
- Ahmad Fadhli, belajarlah hormati UMNO
- Abang polis pun kena (Video)
- Juruterbang rakam kelibat 12 UFO
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.