PrnSarawak: Keprihatinan Hamzah Brahim disenangi penduduk Stakan

PrnSarawak: Keprihatinan Hamzah Brahim disenangi penduduk Stakan

Berasal dari Kota Samarahan, tentulah orang Stakan dekat di hati saya. Para pengundi juga tidak terkecuali. Itu kata-kata calon Dun Stakan, Hamzah Ibrahim.

“Apa jua permasalahan, boleh beritahu saya”, tambahnya lagi.

“Saya ingin memastikan orang-orang Stakan mendapat layanan sama rata. Saya tidak mahu ada yang tercicir kerana keutamaan saya tentulah orang Stakan”, kata calon yang mendapat perhatian pengundi Dun Stakan itu lagi.

Hamzah Ibrahim bukannya asing bagi penduduk Kota Samarahan kerana beliau sudah lama berkhidmat kepada rakyat bermula dari bawah.

Pengundi Dun Stakan harus memberi kemenangan besar kepada beliau agar Dun Stakan akan terbela dan mampu membuat perubahan besar.

Prihatin dengan nasib golongan memerlukan, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) DUN Stakan Hamzah Brahim hari ini menghulurkan bantuan makanan asas kepada mereka.

Dengan kerjasama Persatuan Penjaja dan Peniaga Bahagian Kuching dan Samarahan, bantuan dikenali Caring Food Aid 3.0 diserahkan kepada penerima di Tokong Gong De Kuching.

Hamzah berkata, bantuan keperluan asas diserahkan kepada golongan memerlukan di sekitar Batu 11, Batu 12, Batu 13 dan Batu 14 Jalan Kuching – Serian.

“Alhamdulillah, rezeki dikongsi bersama. Kita akan sama-sama bantu untuk memastikan kebajikan warga Stakan terjaga,” katanya.

Turut hadir Ketua 38 Hawker Centre Dato Sri Ho Kim Hee dan Koordinator Persatuan Temenggong Dato Tan Joo Phoi.

PrnSarawak: Keprihatinan Hamzah Brahim disenangi penduduk Stakan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Belanja Foto Seksi, Nabila Huda Kena Tazkirah Dengan Netizen

Zeti izinkan wang RM2.6 bilion dibawa masuk?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker