PRN Sarawak: 10,548 polis, pasangan undi awal 14 Disember

KUCHING – Seramai 10,548 pengundi melibatkan anggota dan pegawai polis serta Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan akan mengundi awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 14 Disember depan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, hari undi awal itu melibatkan sebanyak 85 pusat mengundi awal dengan 111 saluran disediakan di pusat mengundi.

“Pusat mengundi terdiri daripada dewan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), rumah Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), pusat sumber, bilik rekreasi, bilik mesyuarat dan sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan sesi demonstrasi Unit Tindakan Rusuhan Awam (PORU) dan Unit Water Cannon di Ibu Pejabat PGA Briged Sarawak. -K! ONLINE

PRN Sarawak: 10,548 polis, pasangan undi awal 14 Disember


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tarikh Pengumuman Kadar Jumlah Bonus Dan Dividen ASB 2021

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker