Ismail imbau kenangan bergelar mahasiswa UM

Ismail imbau kenangan bergelar mahasiswa UM

Kunjungan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, mengimbau kembali memori ketika dirinya bergelar mahasiswa di Universiti Malaya (UM), kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri juga menyuarakan keterujaan beliau ketika melangkah ke dalam dewan dan melihat wajah ceria anak muda di Dewan Tuanku Canselor UPSI, di sini.

Ismail Sabri berkata, beliau terkenang memorinya ketika sentiasa aktif dalam pelbagai aktiviti di universiti, selain pernah mengetuai Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) pada 1982/83.

“Seperti anak-anak sekalian, begitulah juga saya ketika itu dan saya juga sempat bergiat aktif di dalam kampus. Bersama saya Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Menteri Tenaga dan Sumber Asli) yang juga pemimpin kampus.

“Semasa saya menjadi pelajar di UM, saya terbabit dengan aktiviti kampus. Waktu itu saya menjadi Presiden PMUM 1982/83 dan Takiyuddin mengambil alih kepemimpinan saya pada 1983/84,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Keluarga Malaysia@IPT 2021 di UPSI di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Yaakob dan Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Mah Hang Soon. BH

Ismail imbau kenangan bergelar mahasiswa UM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Belanja Foto Seksi, Nabila Huda Kena Tazkirah Dengan Netizen

Zeti izinkan wang RM2.6 bilion dibawa masuk?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker