UMNO, Pas Kedah masih pertahan keharmonian MN

ALOR SETAR: UMNO dan Pas Kedah akan terus berusaha mengekalkan hubungan kerjasama bagi memastikan keharmonian antara kedua-dua parti terbesar Melayu dalam Muafakat Nasional (MN) tidak terjejas di negeri ini.

Menurut Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz, pihaknya sentiasa bersifat terbuka untuk te­rus menjalin kerjasama bersama Pas di sebalik pelbagai polemik yang timbul kebelakangan ini.

“Kita akan cuba sejauh mungkin untuk kekalkan hubungan ini namun dalam masa sama kita menanti apa kata kepimpinan parti. Kalau di atas kelam kabut, macam mana di bawah nak bekerja?

“Di pihak UMNO, kita tetap akan menjaga keharmonian ini tetapi kalau sebelah sana tak boleh, kita nak buat macam mana,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Baru-baru ini Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa parti itu menolak gagasan MN kerana UMNO tidak mengikut piagam untuk turut menerima parti-parti lain terma­suk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di dalamnya.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bagaimanapun menyifatkan kenyataan Abdul Hadi itu sebagai tersasar memandangkan matlamat penubuhan MN tidak menyebut Bersatu perlu menjadi sebahagian daripadanya.

Mengulas lanjut Othman berkata, kerjasama antara UMNO dan Pas pada asalnya memang kelihatan ‘cantik’ namun kelihatan sedikit terjejas sejak kebelakangan ini.

“Itu menyebabkan kita kecewa namun apa yang penting rakyat perlu tahu bahawa kalau berlaku apa-apa perpecahan, itu bukan disebabkan oleh kita. Kita amat terbuka tetapi dalam masa sama, tak bolehlah nak tunggu sampai tak ada kesudahan.

“Kita perlukan satu keputusan positif daripada mereka untuk menggerakkan MN ini. Tetapi kalau mereka rasa terlebih kuat dan kita tak tahulah apa pertimbangan mereka itu, maka tak terdayalah kita,” katanya.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ahmad Yahaya pula berkata, setakat ini hubungan antara Pas dan UMNO di Kedah masih berlangsung seperti biasa.

“Sama ada dari sudut perjalanan kerajaan atau akar umbi, nampaknya masih seperti biasa dan tak ada masalah. Perbezaan itu cuma semasa pilihan raya negeri (PRN) Melaka baru-baru ini sahaja.

“Untuk yang berikutnya termasuk pada musim pilihan raya akan datang, itu akan diputuskan di peringkat Pusat dan kita akan akur,” katanya. – UTUSAN

UMNO, Pas Kedah masih pertahan keharmonian MN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kronologi Berfakta Sanggah Dakwaan Kononnya UMNO Khianati Piagam Muafakat Nasional

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker