Jangan Picit Jerawat & Cabut Bulu Hidung Di Kawasan Segi Tiga Kematian Ini

Jangan Picit Jerawat & Cabut Bulu Hidung Di Kawasan Segi Tiga Kematian Ini

Memicit jerawat di bahagian kawasan hidung dan berdekatan memang menjadi kepuasan ramai. Namun, tahukah anda bahawa kawasan yang memuaskan inilah yang dikatakan ‘segi mata kematian’ dan sangat berbahaya. Oleh itu, penting untuk anda tahu bahawa adalah merbahaya untuk picit jerawat di kawasan ini!

Doktor-doktor pakar penyakit berjangkit di Universiti John Hopkins telah menyeru untuk orang ramai mengelakkan memicit jerawat atau menarik bulu hidung terutamanya di kawasan segi tiga “kematian” di muka. Ya. Segi tiga kematian. Lebih kurang macam segi tiga bermuda.

“Para konspirasi segi tiga bergembira dengan penemuan ini”

Kawasan segi tiga ini adalah berkait dengan infeksi bakteria yang dikatakan boleh menyebabkan jangkitan di sekitar otak dan juga boleh menyebabkan strok. Walau bagaimanapun, ianya sangat jarang berlaku disebabkan antibiotik dan sukar untuk bakteria merebak secara melawan arus di dalam salur darah.

BOLEH SEBABKAN JANGKITAN KUMAN

Namun, ianya boleh berlaku jika kuman tersebut sudah menjadi kuat dan antibiotik tidak lagi boleh melawan kuman tersebut atau jangkitan kulit yang sangat teruk.

Jadi, adalah penting untuk kita mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan kulit kita terdedah dengan kuman akibat daripada aktiviti-aktiviti yang disebutkan di atas. Lebih-lebih lagi, bakteria yang semakin bijak dalam rintangan antibiotik.
Ingat, kita sudah lama tidak menjumpai antibiotik kelas baharu.

Kali terakhir kelas antibiotik yang dijumpai adalah pada tahun 1987 iaitu lipopeptides. Sehingga kini, kita hanya membangunkan antibiotik sedia ada untuk menjadi lebih baik. Semakin lama semakin sukar untuk merawat kuman bakteria.

PHM sentiasa menekankan konsep pencegahan lebih baik daripada berubat. Jadi amalkan sanitasi yang baik, elakkan memicit jerawat atau mencabut bulu hidung. Dan jika ingin melakukan prosedur, pastikan ianya adalah teknik steril. Semoga artikel ini bermanfaat dan memberikan ilmu baru untuk anda.

Jangan Picit Jerawat & Cabut Bulu Hidung Di Kawasan Segi Tiga Kematian Ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Belanja Foto Seksi, Nabila Huda Kena Tazkirah Dengan Netizen

Zeti izinkan wang RM2.6 bilion dibawa masuk?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker