Syarat lesen baru jual arak dibatalkan

Syarat lesen baru jual arak dibatalkan

Jabatan Kastam telah diarahkan untuk membatalkan dasar baru perlesenan arak untuk restoran dan kedai kopi, kata Presiden MCA Wee Ka Siong.

Katanya, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengesahkan padanya bahawa Kementerian Kewangan telah mengarahkan pembatalan itu.



Wee yang juga menteri pengangkutan mengumumkan perkara itu dalam bahasa Cina di Facebook sebentar tadi.

Sebelum ini dilaporkan bahawa restoran dan kedai kopi yang menjual bir dikehendaki memohon lesen baru bermula 1 Januari.

Presiden Persatuan Kedai Kopi Petaling Jaya Keu Kok Meng semalam berkata dia dimaklumkan bahawa kedai kopi perlu memohon lesen baru bermula 1 Januari setelah menghadiri taklimat kastam bulan lalu.

Katanya yuran lesen tahunan menjual arak itu ditetapkan antara RM840 hingga RM1,320, bergantung pada waktu operasi.



Katanya, undang-undang bawah Peraturan Eksais 1977 telah ada, tetapi baru dikuat kuasakan.

Sementara itu, sekatan penjualan arak dilapor dikuat kuasakan di Perlis, Kedah dan Kuala Lumpur. Di Perak, sebuah majlis daerah merancang untuk melarang penjualan arak di kedai serbaneka. Mk

Syarat lesen baru jual arak dibatalkan


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Belanja Foto Seksi, Nabila Huda Kena Tazkirah Dengan Netizen

Zeti izinkan wang RM2.6 bilion dibawa masuk?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker