PrnSarawak: GPS tidak boleh ambil ringan saingan PSB, DAP

PrnSarawak: GPS tidak boleh ambil ringan saingan PSB, DAP

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak boleh mengambil ringan persaingan diberikan Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 (PRN-12) kali ini.

Felo Penyelidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, berkata walaupun PSB adalah parti baharu, ia dipimpin tokoh politik berpengalaman, Datuk Seri Wong Soon Koh.



Jelasnya, Soon Koh adalah antara bekas barisan penting dalam kepemimpinan negeri terdahulu dan mempunyai pengaruh kuat dalam masyarakat tempatan termasuk di kawasan luar bandar.

“Melihat kepada 349 calon yang bertanding pada PRN-12 kali ini, ia jelas menunjukkan amalan demokrasi adalah subur di Sarawak dengan semua parti dan individu boleh bertanding.

“Ini memberi peluang kepada rakyat Sarawak memilih siapa yang mereka rasa paling layak dan semestinya rekod dahulu menjadi rujukan dalam menentukan calon yang layak menang.

“Dalam hal ini, GPS tidak boleh memandang ringan saingan diberikan terutamanya oleh PSB yang dilihat menjadi pencabar utama selain DAP turut mempunyai pengaruh kuat dalam kalangan masyarakat Cina,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan seramai 349 calon dari 10 parti politik termasuk Bebas layak bertanding pada PRN-12, sekali gua menjadikannya sebagai pilihan raya teramai disertai calon di negeri ini.

Mengulas lanjut, Awang Azman berkata, DAP tidak boleh menjadikan Pulau Pinang sebagai bukti kemampuan mentadbir kerana terdapat perbezaan antara negeri itu dan Sarawak.

“Jika DAP mengambil Pulau Pinang atau PKR mengambil Selangor sebagai contoh kejayaan mereka, kedua-dua negeri itu sebenarnya adalah berbeza dalam budaya politik serta demografi penduduk berbanding Sarawak.

“DAP sendiri masih diingati ketika menjadi Kerajaan Pusat membatalkan beberapa projek penting Sarawak dengan perkara itu masih diingati penduduk yang menerima kesannya secara langsung.



“Di sini, kelebihan masih ada pada GPS kerana mereka dilihat paling banyak membantu rakyat ketika pandemik COVID-19 melanda apabila tampil dengan pelbagai program bantuan terutama Sarawakku Sayang yang masih berjalan,” katanya. BH

PrnSarawak: GPS tidak boleh ambil ringan saingan PSB, DAP


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Gelagat Sekumpulan Lelaki Keluarkan Mayat Rakan Dari Keranda Untuk Dibawa Berjalan [VIDEO]

Try It! This Tunnel Leads You On A Hike With A Scenic View Of Malaysia’s Tallest Highway [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker