PrnSarawak: Selain Ali Biju, 3 lagi ahli Bersatu tanding bebas

PrnSarawak: Selain Ali Biju, 3 lagi ahli Bersatu tanding bebas

Selain Ali Biju tiga lagi ahli Bersatu bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak.

Mereka adalah calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Belaga, Siki Balarik; calon Bawang Assan, Ricky Enteri dan calon Muara Tuang, Ismawi Muhammad.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Siki adalah Ketua Bersatu Hulu Rajang, Ismawi pula adalah Ketua Bersatu Kota Samarahan, manakala Ricky adalah aktivis Bersatu di Sibu.

Semalam, teka-teki sama ada Ali yang juga Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu akan mempertahankan kerusi DUN Krian akhirnya terjawab apabila beliau hadir di pusat penamaan calon (PPC) di Dewan Masyarakat Sri Krian sebagai calon Bebas menggunakan logo kerusi.

Ahli Parlimen Saratok berusia 53 tahun itu memenangi DUN Krian ketika bersama PKR pada 2011 dan 2016.

Terdahulu, Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata, perlembagaan Bersatu jelas menetapkan bahawa mana-mana ahli yang bertanding tanpa kebenaran parti akan berdepan tindakan disiplin termasuk boleh terhenti keahlian serta-merta.

Beliau berkata, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebelum ini membuat pengumuman rasmi bahawa parti itu tidak akan bertanding pada PRN Sarawak dan akan membantu memastikan kemenangan Gabungan Parti Sarawak (GPS). FMT

PrnSarawak: Selain Ali Biju, 3 lagi ahli Bersatu tanding bebas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Belanja Foto Seksi, Nabila Huda Kena Tazkirah Dengan Netizen

Zeti izinkan wang RM2.6 bilion dibawa masuk?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker