PrnSarawak: Kaki judi buka pertaruhan

PrnSarawak: Kaki judi buka pertaruhan

SIBU: “Jangan sesekali jadikan keputusan pilihan raya ini sebagai bahan pertaruhan. Tolonglah, ini bukan perjudian.”

Itu rayuan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dudong, Datuk Seri Tiong King Sing kepada penduduk Sarawak.

Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) itu berkata, beliau mendapat maklumat berhubung aktiviti pertaruhan dan kaki judi mula menyasarkan kawasan yang ditandinginya.

Justeru beliau merayu orang ramai tidak membazirkan wang dengan menyertai pertaruhan itu dan pada masa yang sama beliau meminta pihak berkuasa memantau rapi aktiviti perjudian yang sudah bermula.

“Tolonglah jangan bazirkan wang anda untuk membuat pertaruhan terutama ketika kita sedang dalam kesulitan akibat COVID-19 ini.

“Saya baru mendengar ada orang sudah mula membuka pertaruhan dan lebih mengejutkan ia membabitkan saya kerana mereka mengatakan saya hebat lalu meletakkan pertaruhan berapa undi saya boleh dapat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabat PDP Cawangan Dudong, di sini, hari ini.

King Sing berkata, orang ramai tidak seharusnya terpengaruh dengan tawaran kaki judi dan harus beringat supaya tidak timbul masalah selepas pilihan raya nanti.

“Memang judi ada menang ada kalah. Kalau menang, boleh makan besar… tapi kalau kalah, keluarga dalam masalah,” katanya.

King Sing yang juga Ahli Parlimen Bintulu turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau adalah calon ‘payung terjun’ dari kawasan lain apabila bertanding di kawasan Dudong yang jaraknya lebih 300 kilometer dari Bintulu.

“Orang ramai perlu tahu bahawa Dudong adalah kampung saya. Saya membesar dan bersekolah di tiga sekolah di sini sehingga Tingkatan Lima.

“Jadi, saya bukanlah orang luar di Dudong ini dan berharap ia tidak dijadikan isu kerana saya memang berasal dari Dudong,” katanya.

Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN-12) 18 Disember ini, Dudong menyaksikan persaingan lapan penjuru.

King Sing berdepan cabaran Paul Ling Fong dari DAP, calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Wong Hie Ping, calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB), Julius Enchane, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Jane Lau Sing Wee dan calon Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI), Josephine Lau Kiew Peng.

Turut bertanding di Dudong, dua calon Bebas, Engga Unchat dan Fadhil Mohamad Isa. BH

PrnSarawak: Kaki judi buka pertaruhan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Belanja Foto Seksi, Nabila Huda Kena Tazkirah Dengan Netizen

Zeti izinkan wang RM2.6 bilion dibawa masuk?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker