Mahathir kata Pejuang popular, tidak berhasrat untuk bekerjsama dengan parti lain dalam PRU-15
SHAH ALAM – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) masih belum mempunyai sebarang hasrat membentuk atau menyertai sebarang pakatan dengan parti politik lain untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang pendirian untuk membuat sebarang kerjasama politik selagi tidak mengetahui pendirian parti lain khususnya berhubung usaha untuk menghapuskan rasuah.
“Jika mereka (parti politik) bersetuju dengan objektif kami untuk menghapuskan rasuah, kita boleh bekerjasama dengan mereka. Tetapi pada masa ini kami masih bersendiri dan tidak memiliki niat untuk menubuhkan apa-apa pakatan.
“Tetapi kami juga melakukan perbincangan dengan parti-parti lain,” katanya ketika soal jawab semasa sesi meja bulat bersama media untuk buku terbaharunya bertajuk ‘Capturing Hope’ yang diadakan secara maya pada Selasa.
‘Capturing Hope’ menceritakan pengalaman Dr Mahathir dalam tempoh tiga tahun yang bermula ketika beliau kembali menjadi Perdana Menteri selepas PRU14 sehingga peletakan jawatannya pada awal 2020 dan rentetan peristiwa yang berlaku selepas daripada itu.
Mahathir kata individu minta RM100,000 untuk jumpa menteri’ pada waktu beliau jadi PM kali kedua
Dr Mahathir berkata, pihaknya juga sangat berhati-hati sebelum membuat keputusan bekerjasama dengan mana-mana parti politik kerana dikhuatiri bakal menjejaskan populariti Pejuang.
“Pejuang harus mempertimbangkan popularitinya dengan rakyat kerana jika kita memilih rakan yang salah, kita juga akan kehilangan populariti yang dimiliki,” jelasnya.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, Pejuang juga tidak menolak kemungkinan untuk membentuk kerjasama dengan parti lain selepas PRU15 dilaksanakan.
“Tentunya kita mungkin tidak memiliki majoriti (selepas PRU15) dan perlu bekerjasama dengan parti lain selepas pilihan raya. Disebabkan itu kita akan pertimbangkan untuk bekerjasama dengan parti-parti lain,” ujarnya.
Mahathir kata Pejuang popular, tidak berhasrat untuk bekerjsama dengan parti lain dalam PRU-15
Baca Artikel Menarik:
- PrnSarawak: Beranikah Bersatu pecat Ali Biju?
- Dividen ASB lebih tinggi?
- Padah melalak tengah hutan, wanita disampuk
- 299 individu ‘kantoi’ kolam renang jadi ‘port’ parti liar
- Kronologi Berfakta Sanggah Dakwaan Kononnya UMNO Khianati Piagam Muafakat Nasional
- Patutlah saya telefon tak jawab, rupanya awak dah meninggal
- Merdeka 118 ikut bentuk jari Satu Malaysia Najib?
- Mengapa Mahathir, Muhyiddin bisu mengenai dakwaan suami Zeti terima dana 1MDB
- Demi ‘Nasi Kandar’ pelanggan sanggup beratur lebih setengah kilometer
- Remaja maut terkejut disergah hantu
- Shaheizy Sam semakin pulih
Layari Laman Facebook MYKMU.NET