Semua sektor bakal terima kenaikan gaji tahun depan

Semua sektor bakal terima kenaikan gaji tahun depan

Pekerja di semua sektor boleh menjangkakan kenaikan gaji antara tiga hingga hingga lima peratus daripada syarikat tahun depan, demikian menurut dapatan keseluruhan Tinjauan Gaji Robert Walters 2022 di Malaysia.

Pengarah Robert Walters Malaysia dan Filipina, Kimberlyn Lu, berkata semua organisasi akan melaksanakan semakan gaji tahunan am pada 2022.



“Mereka yang menukar kerja boleh menjangkakan kenaikan bermula daripada 15 peratus dan mungkin boleh memperoleh sehingga 30 peratus jika mempunyai set kemahiran yang betul,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, di wilayah utara, pasaran kerja akan menjadi lebih agresif pada 2022, ditunjangi kehadiran pelaburan.

Katanya, industri pembuatan dijangka berkembangan berikutan infrastruktur yang baik dan inisiatif kerajaan untuk menarik pelabur asing mengembangkan perniagaan.

“Dengan kehadiran pemain baharu di wilayah itu, pekerjaan dalam semikonduktor merentasi semua bidang daripada ujian pembangunan, ujian fungsi kepada operasi dan kejuruteraan proses akan mendapat permintaan tinggi.



Mereka yang menukar kerja dalam sektor ini boleh menjangkakan peningkatan gaji setinggi 15 ke 20 peratus berikutan kehadiran pemain baharu yang bersaing untuk bakat yang sama,” katanya.

Mengulas lanjut, Lu berkata pembukaan semula ekonomi memangkin pemulihan kukuh dalam aktiviti pengambilan pekerja di negara ini merentas semua sektor, daripada perkhidmatan kewangan dan segmen pengguna kepada penjagaan kesihatan serta pembuatan.

Katanya, 45 peratus daripada responden bersetuju dengan sentimen ini, kerana mereka sudah mencari peluang baharu dalam sektor terbabit.

“Pemulihan perniagaan juga menimbulkan suasana pasaran



pekerjaan yang lebih yakin. Tiga daripada setiap empat (75 peratus) responden optimis terhadap peluang pekerjaan dalam sektor masing-masing,” katanya.

Beliau menambah, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) menjadikan Malaysia antara negara dengan kadar vaksinasi tertinggi di
dunia.

Justeru, katanya tinjauan menunjukkan sebanyak 97 peratus responden sanggup mendedahkan status vaksinasi untuk mendapatkan pekerjaan baharu, membuktikan kejayaan program vaksinasi.

“Peratusan itu selari dengan kemajuan vaksinasi Malaysia dengan 95 peratus dewasa sudah lengkap divaksin,” katanya.



Tinjauan gaji global oleh Robert Walters, perunding pengambilan profesional terkemuka dunia itu meliputi 31 negara termasuk Malaysia.

Tinjauan Gaji Robert Walters adalah panduan komprehensif kepada majikan dan pekerja untuk mengakses trend dan analisis terkini dalam industri tertentu, alat dan sumber yang berguna, serta kemas kini video

mengenai keadaan pasaran daripada panel pakar industri.

Ia juga mengkaji sikap dan pandangan terhadap amalan kerja sedia ada, memberikan gambaran keseluruhan pasaran pekerjaan semasa, set kemahiran dalam permintaan dan jangkaan gaji untuk lapan industri utama di Malaysia. BH



Semua sektor bakal terima kenaikan gaji tahun depan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Gelagat Sekumpulan Lelaki Keluarkan Mayat Rakan Dari Keranda Untuk Dibawa Berjalan [VIDEO]



Try It! This Tunnel Leads You On A Hike With A Scenic View Of Malaysia’s Tallest Highway [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker