Kerajaan akan laksana pendekatan baharu pembasmian kemiskinan tegar – Ismail

Kerajaan akan laksana pendekatan baharu pembasmian kemiskinan tegar – Ismail

KERAJAAN menubuhkan Jawatankuasa Tertinggi Pemantauan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang akan memantau secara khusus 20 projek utama, terutama berkaitan pembasmian kemiskinan tegar.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, prestasi pelaksanaan projek dan perbelanjaan pembangunan akan menumpu kepada program membasmi kemiskinan tegar, menambah baik ekosistem TVET dan transformasi perkhidmatan awam;

Katanya, pendekatan baharu usaha pembasmian kemiskinan tegar secara holistik akan dilaksanakan dengan diterajui bersama oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

“Ia melibatkan pelaksanaan secara terancang yang merangkumi sektor awam, swasta, akademia serta pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan organisasi berasaskan komuniti (CBO),” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tersebut yang diadakan buat kali pertama hari ini.

Ismail Sabri berkata, program itu akan dilaksanakan secara bersasar berdasarkan keperluan lokaliti dan mengambil kira pelbagai dimensi termasuklah aspek pendapatan, pendidikan dan kemahiran serta kesihatan.

Katanya, sebanyak 50 lokaliti dipilih bagi pelaksanaan dalam fasa 1 yang bermula awal tahun 2022 dengan tumpuan akan diberikan di negeri-negeri dengan kadar kemiskinan tegar tertinggi.

“Program ini akan dilaksanakan di bandar dan luar bandar tanpa mengira etnik. Mesyuarat bagi membincangkan agenda membasmi kemiskinan tegar ini akan diadakan dengan kerap,” katanya.

Katanya, langkah tersebut diambil bagi memastikan pelaksanaan program membasmi kemiskinan tegar berjalan dengan lebih berkesan. Utv

Kerajaan akan laksana pendekatan baharu pembasmian kemiskinan tegar – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Gelagat Sekumpulan Lelaki Keluarkan Mayat Rakan Dari Keranda Untuk Dibawa Berjalan [VIDEO]

Try It! This Tunnel Leads You On A Hike With A Scenic View Of Malaysia’s Tallest Highway [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker