Honda lancar City Hatchback

Sebaran :

Honda lancar City Hatchback

Honda Malaysia Sdn.Bhd melancarkan City Hatchback yang akan membawa pasaran hatchback segmen B selangkah ke hadapan menerusi rekaan sporty, teknologi e:HEV dan ciri-ciri terkini.

Diperkenalkan dalam empat varian iaitu RS e:HEV, V, E dan S; City Hatchback serba baharu ini akan menetapkan satu lagi petanda aras di dalam industri dengan mensasarkan golongan muda yang mahukan kenderaan hatchback jenis sporty dan premium.

Berucap di majlis pelancarannya, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata, pihaknya telah mencipta sejarah dengan menawarkan model City yang popular dalam segmen hatchback.



Katanya, sejak bertahun lama menerusi generasi yang lalu, City telah berevolusi dan menjadi salah satu model sedan Segmen B yang paling diminati di Malaysia.

“Setakat ini lebih 380,000 unit telah terjual di pasaran Malaysia sejak City Generarasi ke-2 diperkenalkan pada tahun 2002.

“Kami berbesar hati dan teruja untuk memperkenalkan model terbaharu kami yang cukup menarik perhatian menerusi City Hatchback serba baharu ini.

“Ia akan menjadi sebuah modal yang menetapkan trend menerusi teknologi termaju yang pertama dalam segmennya, ciri-ciri premium, versatiliti konfigurasi ULTRA Seats yang selesa untuk dipandu,” katanya di majlis pelancaran tersebut di sini.



Malah ujar beliau setakat ini, pihaknya sudah menerima 2,000 unit tempahan yang ia dilihat dilihat sebagai pengganti kepada Honda Jazz.

Justeru katanya, Honda Malaysia menerusi pelancaran itu menyasarkan jualan 1,000 unit City Hatchback sebulan.

Pada masa yang sama, Honda Malaysia berkata, jualan kenderaannya terjejas sebanyak 40 peratus daripada 80,000 buah kereta yang disasarkan pada 2021 berikutan penularan Covid-19 dan kekurangan bekalan cip semikonduktor di peringkat global.

“Dari segi harga jualan, kita memperkenalkan Honda City Hatchback serba baharu dalam empat varian iaitu 1.5L S dengan harga RM75,670, 1.5L E harga RM83,080 dan 1.5L V berharga RM87,860.



“Manakala varian RS e:HEV pula hanya akan ditawarkan di pasaran Malaysia pada awal tahun 2022 dan Honda akan mengumumkan harganya apabila tempoh penyerahan serta harga jualannya dimuktamadkan kelak.

“City Hatchback Serba Baharu ini hadir dengan warna baharu iaitu Merah (Ignite Red Metallic dan kelabu (Meteoroid Gray Metallic sementara pilihan warna lain adalah putih mutiara platinum, perak (lunar silver metallic) dan hitam mutiara (Crystak Black Pearl),” ujarnya.

Daripada segi prestasi, City Hatchback dilengkapi dengan teknologi e:HEV Honda untuk varian RS dijana oleh rangkaian kuasa 1.5L Sports Intelligent Multi-MOde Drive dan dipadankan dengan transmisi Electric Continous Variable Transmission (e-CVT) yang mampu menjana kuasa sebanyak 109PS dan tork mencecah 253Nm paling tinggi dalam segmennya yang mana kuasanya setara dengan tork kuasa enjin Aspirasi Natural segmen D.

Justeru sebagai tambahan, sistem hibrid dua motor Honda yang unik dan canggih boleh bertukar di antara tiga mod pemanduan iaiatu Pacuan Ev, Pacuan Hibrid dan Pacuan Enjin secara bergilir-gilir dengan penuh kecekapan bergantung keadaan pemanduan.

Untuk varian petrol V, E dan S City Hatchback, ia menggunakan enjin 1.5L DOHC 1-VTEC yang mampu menjana kuasa sebanyak 121PS dan tork maksimum 145Nm paling tinggi dalam segmennya yang memberikan penjimatan bahan api.

Malahan penyelidikan dan pembangunan Honda telah berjaya membina ketegaran badan City Hatchback yang mana enam peratus lebih kukuh berbanding Honda Jazz bagi menawarkan kerangka yang berketegaran tinggi untuk keselamatan jika berlaku perlanggaran.

Untuk pemanduan lebih senyap untuk pemandu dan penumpang, tiang A dan B City Hatchback telah diisi semburan busa Polyyurethane selain bahan penyerap bunyi dengan ketebalan dipasang pada bahagian bawah ruang enjin untuk mengurangkan bunyi dan getaran.

Ruang dalaman City Hatchbach menawarkan gaya sofistikated dengan penggunaan tekstur berkualiti tinggi dan praktikal yang mana kabin varian RS e:HEV dilengkapi tempat duduk Ultrasuede yang sporty bersama jahitan benang merah pada kemasan manakala ruang dalaman varian V pula didatangkan dengan tempat duduk kulit.

Satu lagi ciri yang pertama dalam segmennya ada pada varian RS e:HEV iaitu corong pendingin hawa belakang untuk keselesaan penumpang belakang.

Varian V dan E pula dilengkapi Paparan Audio berukuran 8 inci yang boleh dipadankan bersama Apple CarPlay dan Android Auto selain panel pendingin hawa automatik serta 2 port USB pada bawah poket.

Satu lagi ciri canggih yang menetapkan penanda aras pada Hatchback segmen B ialah brek parkir elektrik pada varian RS e:HEV manakala pemilik varian V dan E juga boleh menghidupkan enjin serta pendingin hawa dari jauh sebelum masuk ke dalam kabin kereta melalui ciri penghidup enjin kawalan jauh.

Malahan satu lagi ciri keistimewaan keselamatan yang dipasang pada hatchback ini ialah LaneWatch pada varian RS e:HEV dan V yang mana teknologi berasaskan kepada kamera memantau kehadiran kenderaan di bahagian kiri kereta dan mengurangkan titik buta menerusi visual paparan langsung pada sistem infohibur.

Malah sistem bantuan keselamatan pemandu dalam Honda Sensing termasuk kawalan pemanduan adaptif, sistem brek mitigasi perlanggaran, sistem amaran perlanggaran hadapan, sistem kekal lorong, sistem mitigasi keluar dari jalan dan lorong serta lampu tinggi auto. MG

Honda lancar City Hatchback


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Gelagat Sekumpulan Lelaki Keluarkan Mayat Rakan Dari Keranda Untuk Dibawa Berjalan [VIDEO]

Try It! This Tunnel Leads You On A Hike With A Scenic View Of Malaysia’s Tallest Highway [VIDEO]


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *