Jenazah Allahyarham Sabbaruddin Chik Selamat Dikebumikan

Jenazah Allahyarham Sabbaruddin Chik Selamat Dikebumikan

Jenazah bekas menteri Kabinet, Allahyarham Tan Sri Sabbaruddin Chik selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara kira kira jam 10.40 pagi Ahad.

Upacara pengebumian dijalankan petugas Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Putrajaya mengikut prosedur operasi standard (SOP) dibantu petugas dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa keluar dari Bilik Mayat PPUM kira kira jam 9.50 pagi sebelum tiba di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada jam 10.05 pagi.
Turut hadir mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham Sabbaruddin Chik ialah ahli keluarga terdekat dan pegawai khasnya Datuk Zamri Mohamed.

Bagi Zamri, pemergian Allahyarham satu kehilangan besar buat keluarga dan dirinya.



“Saya dan Allahyarham dah kenal lebih 25 tahun, bekerja dengan Allahyarham.

“Satu dugaan yang saya rasa sangat besar, saya datang untuk bersama Allahyarham.

“Ketika di dalam van jenazah, hanya saya berdua sahaja, apa mampu saya buat hanya berdoa,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai keperibadian Allahyarham, Zamri berkata arwah seorang pemimpin yang sangat disegani.



“Tan Sri Sabbaruddin ini seorang pemimpin tidak mahu didendang.

“Seorang yang tegas, berprinsip, menepati masa, mengotakan apa dijanjikan.

“Sukar dicari gantilah, dan beliau juga melahirkan ramai rakan yang berjaya ketika ini,” jelasnya lagi.-AA

Jenazah Allahyarham Sabbaruddin Chik Selamat Dikebumikan



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker