Guan Eng dikecam isu Hannah bertudung
Guan Eng dikecam isu Hannah bertudung
Pas memberi amaran kepada DAP agar tidak mengaitkan parti itu dengan krisis dalaman yang berlaku antara seorang pemimpinnya di Johor dengan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.
Ketua Penerangan Pas Malaysia, Ir. Khairil Nizam Khirudin mempertikaikan kenapa Ahli Jawatankuasa DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau menegur Hannah memakai tudung ketika memasuki sebuah masjid di Segambut namun Pas pula yang dikaitkan.
Apa kena mengena Pas dengan ‘perbalahan’ dua pemimpin DAP itu, soalnya.
“Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) cuba mengaitkan teguran pemimpinnya Dr. Boo dari DAP Johor dengan Pas amat mengejutkan.
“Pas bukan parti ekstrim, apatah lagi mahu mengawal apa yang boleh dan tidak boleh dipakai oleh wanita, terutama yang bukan Islam,” katanya menjawab kenyataan Guan Eng hari ini.
Baru-baru ini, Dr. Boo menerusi hantaran Facebooknya menyindir tindakan pemimpin DAP peringkat pusat, Hannah memakai tudung ketika memasuki sebuah masjid.
Beliau menyifatkan, taktik cetek itu bagi memancing undi tidak akan mendapat sokongan malah akan dihina oleh bukan sahaja oleh bangsa sendiri tetapi juga hilang penghormatan oleh bangsa lain.
“Saya tidak perlu pun memakai seumpama ulama atau pakaian Islam untuk mendekati masyarakat Melayu, malah saya sentiasa membantu mana-mana komuniti dengan hati yang jujur dan ikhlas.
Bagaimanapun, teguran itu dibalas Guan Eng yang membandingkan Dr. Boo dengan pemimpin Pas yang ekstrim dan menganggap parti itu sebagai ketinggalan zaman kerana mahu mengawal cara berpakaian golongan wanita.
Menurut Ir. Khairil Nizam, selama ini tidak seorang pun pemimpin Pas membuat kritikan atau memberi komen ke atas insiden yang tular berkenaan Hannah memasuki sebuah masjid dengan memakai tudung.
Katanya, yang menyelar tindakan itu adalah pemimpin DAP Johor yang menyifatkannya perbuatan Hannah sekadar helah untuk menarik sokongan orang Melayu, sedangkan umum tahu apa yang DAP lakukan.
“Guan Eng sepatutnya berpolitik secara matang bukan cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada krisis kepimpinan dan krisis identitinya yang semakin membarah kebelakangan ini.
“Adalah amat tidak bertanggungjawab sekali bagi pemimpin kanan DAP itu untuk secara tiba-tiba melibatkan Pas dalam krisis dalaman parti cauvinis itu,” katanya.
Beliau bagaimanapun tidak menolak tindakan Guan Eng itu sebagai cubaan untuk mengelirukan rakyat dan ahlinya sendiri menjelang pemilihan pemimpin tertinggi parti itu dalam Kongres Kebangsaan DAP.
Katanya, kongres itu sepatutnya diadakan 20 Jun lalu tetapi ditangguh ke satu tarikh yang bakal ditetapkan kelak dengan menggunakan alasan penularan kes wabak Covid-19 yang sangat tinggi ketika itu.
Menurut beliau, dasar perjuangan Islam tidak sesekali menjadikan pemimpin Pas ekstremis, tidak bertolak ansur, ketinggalan zaman dan regresif, khususnya dalam masyarakat majmuk di Malaysia.
“Pas sentiasa istiqamah dalam soal prinsip, tetapi anjal dalam soal pendekatan, termasuk menangani hak bukan muslim di negeri milik Pas,” katanya. MG
Guan Eng dikecam isu Hannah bertudung
Baca Artikel Menarik :
- Sharifah Shahira kena kecam kerana Mail JDT
- Emma Maembong masih berkawan dengan bekas kekasih
- Permohonan Najib masukkan bukti baharu didengar 7 Disember
- Jangkitan semula akibat Omicron 3 kali ganda – Penyelidik
- Fatia artis global TikTok pertama dari Malaysia
- Siang bawa mayat, malam angkut sampah
- Penternak ayam ‘selesa’, peniaga yang tersepit
- Muafakat Nasional, 191 bahagian UMNO akan putuskan
- Pemandu lori tikam bapa selepas terdengar bisikan
- Datuk Paiman akhirnya ke penjara 13 tahun
- Orang ramai sah perlu divaksin setiap tahun-CEO Pfizer
Layari Laman Facebook MYKMU
Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)