Omicron diramal mendominasi dunia
LONDON – Varian baharu Covid-19, Omicron diramal mendominasi dunia dalam masa beberapa bulan akan datang, kata seorang pakar penyakit berjangkit seperti yang dilaporkan oleh akhbar Daily Star kelmarin.
Pakar tersebut yang berpangkalan di Singapura, menganggarkan bahawa dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang, Omicron akan muncul sebagai varian dominan, lantaran memerlukan vaksin untuk menanganinya segera dibangunkan.
Bagaimanapun, vaksin dikemas kini itu memerlukan tempoh ujian antara tiga bulan hingga enam bulan untuk membuktikan ia berupaya memberikan imuniti terhadap Omicron, kata pakar berkenaan, Dr. Leong Hoe Nam kepada saluran berita CNBC.
“Secara jujur, saya dapat katakan bahawa varian Omicron akan mendominasi dunia dalam masa tiga hingga enam bulan,” ujarnya.
Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai vaksin khusus untuk Omicron, beliau berkata: “Idea yang bagus tetapi secara jujur, idea tersebut adalah tidak praktikal.”
“Kita tidak akan dapat menyegerakan vaksin dalam jangka masa yang diperlukan itu, manakala apabila vaksin khas itu dapat disediakan, semua orang akan dijangkiti, lantaran Omicron adalah varian yang amat mudah berjangkit,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Moderna, Stephane Bancel berkata pada Isnin lalu, bahawa masa sehingga beberapa bulan diperlukan untuk membangunkan dan menghantar vaksin khusus untuk menangani varian Omicron.
Bagaimanapun, menurut CEO Pfizer, Albert Bourla pula, dos vaksin untuk varian Omicron akan dapat disediakan dalam masa kurang 100 hari atau pun sekitar tiga bulan.
Dalam perkembangan berkaitan, rakyat Britain kini didesak untuk mendapatkan suntikan dos penggalak selepas varian Omicron mula dikesan di negara berkenaan.
“Kita tidak tahu sejauh mana gelombang baharu ini (Omicron) akan memberi kesan terhadap negara kita tetapi sejarah menunjukkan bahawa kita tidak boleh bersikap alpa,” kata Perdana Menteri Britain, Boris Johnson pada satu sidang akhbar di Downing Street.
Sebanyak 10 lagi kes koronavirus varian Omicron telah dikesan di Britain kelmarin, demikian menurut Agensi Keselamatan Kesihatan negara berkenaan sekali gus menjadikan angka keseluruhan kes varian tersebut meningkat kepada 42.
Dalam pada itu, agensi berita Reuters melaporkan bahawa varian Delta kini merangkumi 99 peratus daripada jangkitan Covid-19. Varian Delta mula dikesan di negeri Maharashtra, India pada Mac 2021. – Agensi
Omicron diramal mendominasi dunia
Baca Artikel Menarik:
- Sharifah Shahira kena kecam kerana Mail JDT
- Emma Maembong masih berkawan dengan bekas kekasih
- Permohonan Najib masukkan bukti baharu didengar 7 Disember
- Jangkitan semula akibat Omicron 3 kali ganda – Penyelidik
- Fatia artis global TikTok pertama dari Malaysia
- Siang bawa mayat, malam angkut sampah
- Penternak ayam ‘selesa’, peniaga yang tersepit
- Muafakat Nasional, 191 bahagian UMNO akan putuskan
- Pemandu lori tikam bapa selepas terdengar bisikan
- Datuk Paiman akhirnya ke penjara 13 tahun
- Orang ramai sah perlu divaksin setiap tahun-CEO Pfizer
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.