NEKMAT mulakan jualan ikan sejuk beku

NEKMAT mulakan jualan ikan sejuk beku

Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) sudah menggerakkan jentera bagi melambakkan bekalan ikan sejuk beku di seluruh negara bermula dengan program Jualan Keluarga Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Khamis lalu.

Pengerusinya, Abdul Hamid Bahari, berkata pihaknya merangka persediaan rapi bagi menjayakan program bertujuan membantu rakyat yang terkesan susulan kenaikan harga barang di pasaran sejak kebelakangan ini.



“Pihak kami bersedia pada bila-bila masa, bahkan untuk bersama-sama kerajaan bagi melambakkan ikan sejuk beku di pasaran, ia bukanlah satu masalah.

“NEKMAT buat masa ini menunggu arahan dari Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk lokasi jelajah sepanjang program Jualan Keluarga Malaysia dan bersedia dengan pelbagai kelengkapan termasuk lori bagi mengangkut ikan,” katanya kepada BH, hari ini.

Rabu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan bekalan ayam import dan ikan sejuk beku yang disimpan sebagai stok di bawah program Q’Fish dilambakkan dalam pasaran sebagai langkah segera menstabilkan harga.

Mengulas lanjut, beliau berkata, NEKMAT sudah pun memulakan rangka jelajah mengikut zon sebagaimana ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).



“Di mana sahaja lokasi program ini, kami akan sertai. Setakat ini, tidak ada had masa ditetapkan bagi lambakan ikan sejuk beku di pasaran dan ia akan diteruskan sehingga keadaan (harga) kembali pulih.

“Berkaitan harga, NEKMAT menetapkan harga kebanyakan ikan yang berkualiti tinggi pada kadar RM10 sekilogram. Ini termasuk bagi ikan selar, kembung, selayang, talapia dan keli.

“Jika kerajaan putuskan untuk turunkan lagi misalnya sehingga 20 peratus, pasti kami di pihak nelayan boleh melaksanakannya,” katanya.

Beliau berkata, NEKMAT juga bersedia memperluaskan jualan melalui kaedah lambakan ini di lokasi lain sekiranya ada permintaan.



“Walaupun bukan di kawasan nelayan, kami bersedia untuk berkhidmat. Antaranya jika ada badan bukan kerajaan (NGO) atau kawasan Parlimen yang memerlukan, NEKMAT sedia turun padang,” katanya. BH

NEKMAT mulakan jualan ikan sejuk beku


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki



Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker