KKM siasat punca jangkitan kes indeks Omicron – KJ
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyiasat punca jangkitan kes indeks positif Covid-19 varian Omicron yang dikesan di negara ini pada Khamis.
Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ini kerana kes indeks tersebut telah menjalani ujian saringan Covid-19 prapelepasan sebelum memasuki negara ini dari Singapura dan semasa ketibaan di pintu masuk antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 19 November lepas.
“Kita tidak tahu (kes indeks) dijangkiti di mana dan nilai kitaran ambang (CT value) agak tinggi. Maksudnya kalau CT value menghampiri 30, dia boleh dikatakan tidak berapa berjangkit, dekat nak habis jangkitannya, jadi saintis kita sedang melihat apa sebenarnya berlaku,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Luka Global Asia Ketiga 2021 di sini pada Sabtu.
Beliau berkata, saringan kontak rapat bagi kes indeks berkenaan masih giat dijalankan dan memaklumkan setakat Sabtu, jumlah kontak rapat bagi kes tersebut kekal tujuh orang.
Ditanya mengenai laporan kajian di Afrika Selatan yang menyatakan Omicron tiga kali ganda berpotensi mengakibatkan jangkitan semula, Khairy berkata, kerajaan perlu memantau perkara itu dan bergantung kepada data lebih jelas dari negara yang mempunyai kadar prevalen varian lebih tinggi.
Beliau memaklumkan, maklumat itu akan diperoleh dalam tempoh satu atau dua minggu ini seterusnya mengingatkan orang ramai supaya tidak panik, sebaliknya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta mendapatkan vaksin terutama dos penggalak bagi kumpulan berisiko tinggi.
“Langkah kita adalah antara langkah paling ketat di seluruh dunia. Malaysia ada kadar vaksinasi tinggi, kita ada stok yang cukup untuk dos penggalak dan telah mengoptimumkan kapasiti sistem kesihatan awam sekiranya berlaku kemasukan hospital meningkat,” katanya.
Mengenai langkah mewajibkan dos penggalak vaksin berikutan varian baharu ini, Khairy berkata, pihaknya akan mengumumkan keputusan berkaitan perkara tersebut pada minggu hadapan.
Beliau berkata, sasaran 75 peratus individu lengkap vaksinasi menerima dos penggalak dijangka dicapai pada Mac 2022 memandangkan pemberian dos penggalak adalah mengikut sela masa tiga hingga enam bulan selepas lengkap dos vaksinasi.
“Kita dah ada (bekalan) vaksin tapi ia mengambil masa sedikit kerana sela masa tiga hingga enam bulan, melainkan kita pendekkan tempoh sela masa tersebut dan sudah pasti kumpulan kerja kita sedang melihat perkara itu,” katanya.
Mengenai beberapa negara telah disenaraikan sebagai negara berisiko tinggi susulan penularan varian Omicron, Khairy berkata, buat masa ini kerajaan hanya mengenakan sekatan perjalanan sementara ke atas pengembara dari Malawi, Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe. – Bernama
KKM siasat punca jangkitan kes indeks Omicron – KJ
Baca Artikel Menarik:
- Sharifah Shahira kena kecam kerana Mail JDT
- Emma Maembong masih berkawan dengan bekas kekasih
- Permohonan Najib masukkan bukti baharu didengar 7 Disember
- Jangkitan semula akibat Omicron 3 kali ganda – Penyelidik
- Fatia artis global TikTok pertama dari Malaysia
- Siang bawa mayat, malam angkut sampah
- Penternak ayam ‘selesa’, peniaga yang tersepit
- Muafakat Nasional, 191 bahagian UMNO akan putuskan
- Pemandu lori tikam bapa selepas terdengar bisikan
- Datuk Paiman akhirnya ke penjara 13 tahun
- Orang ramai sah perlu divaksin setiap tahun-CEO Pfizer
Layari Laman Facebook MYKMU.NET