Pas bertanding untuk luaskan pengaruh di Sarawak

KANGAR: Keputusan Pas bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bukan semata-mata mencari kemenangan, sebaliknya untuk mendekati rakyat dan memperluaskan pengaruh parti Islam itu di negeri tersebut.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, Pas sedar peluang untuk menang adalah tipis namun sekurang-kurangnya memberi peluang kepada parti itu mendekati rakyat di Sarawak.

Katanya, sebelum ini pun Pas kalah di Sarawak namun ia tidak mengecewakan mereka.



“Harapan untuk menang itu, tidak mudahlah. Kita bertanding bukan hendak kerusi sangat pun, namun ia memberi ruang mendekati rakyat Sarawak,” katanya.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, walaupun jumlah kerusi yang bakal dipertandingkan pada PRN Sarawak masih dalam penelitian, Pas akan bertanding kurang daripada 11 kerusi, tidak seperti PRN Sarawak sebelum ini.

Malah kata Tuan Ibrahim, penyertaan Pas pada PRN Sarawak kali ini bakal dijadikan sebagai kayu pengukur gerak kerja parti tersebut di negeri berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Hashim berkata, Pas akan terus mengukuhkan Muafakat Nasional (MN) dan dalam masa sama tetap mempertahan Perikatan Nasional (PN).



“Kita tidak berhenti memujuk dan akan terus berunding dan kita harap UMNO berlapang dada bukan kerana Pas tetapi suruhan Allah SWT supaya bersatu padu.

“Untuk ke arah itu, salah satunya kita perlu sentiasa bertemu, berbincang. Kita ingat perkara-perkara yang ada persamaan antara tiga parti ini. Persengketaan yang ada itu, bersama-sama lupakan dan berlapang dada demi agenda penyatuan ummah yang lebih besar,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Pas bertanding untuk luaskan pengaruh di Sarawak

 



 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wan Saiful, BR1M itu dedak kan, bukan cash transfer? – Najib



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker