Wan Saiful, BR1M itu dedak kan, bukan cash transfer? – Najib

Sebaran :

Wan Saiful, BR1M itu dedak kan, bukan cash transfer? – Najib

”BR1M itu dedak kan? Bukan cash transfer, kan?,” soal Datuk Seri Najib Razak.

Persoalan itu dilemparkan kepada Wan Saiful Wan Jan selepas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menyarankan kerajaan meneruskan program bantuan kewangan untuk rakyat dalam bentuk cash transfer yang dimulakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Segera dan pastikan tiada ketirisan. Pada masa sama, undang-undang berkaitan kawalan harga, kawalan bekalan, dan anti pencatutan mesti dikuatkuasakan sepenuhnya.



“Kegiatan hoarding mesti dibenteras untuk memastikan barang-barang keperluan sentiasa cukup dalam pasaran,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Secara sinis, bekas perdana menteri itu berkata, cash transfer telah mula dilaksanakan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 1.0.

Idea bantuan kewangan itu telah dicadangkan kali pertama oleh Najib kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada 20 Mac 2020 dengan menggunakan pendekatan “cash is king” seperti banyak negara lain untuk menyelamat ekonomi negara ketika berdepan krisis COVID-19.

“Satu persatu negara dalam dunia sedang menggunakan pendekatan “cash is king” untuk menyelamatkan ekonomi mereka dari krisis Covid.



“Kita juga harap kerajaan PN juga akan menggunakan cara yang sama pada skala yang paling besar mungkin dalam pakej rangsangan ekonomi tambahan hari ini untuk memastikan kelangsungan hidup rakyat dan ekonomi dipelihara dalam keadaan negara yang susah sekarang.

“Dan bantuan ini mesti mesti dipercepatkan,” tulis Najib menerusi hantaran di Facebooknya. – MalaysiaGazette

Wan Saiful gesa kerajaan teruskan bantuan cash transfer ringankan beban rakyat. MG

Wan Saiful, BR1M itu dedak kan, bukan cash transfer? – Najib




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mental jangan koyak – TMJ (Video)

‘Siapa kecam aku, berdosa, berdosa’ – Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *