Najib yang perkenal bantuan tunai kepada rakyat

Sebaran :

Najib yang perkenal bantuan tunai kepada rakyat

“Cukup-cukuplah tipu rakyat. Rakyat bukan bodoh. Dan rakyat tidak lupa,” kata Isham Jalil.

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor itu membidas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Wan Saiful Wan Jan yang didakwa mengambil kredit apabila menyarankan kerajaan meneruskan program bantuan kewangan untuk rakyat dalam bentuk cash transfer yang dimulakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menyifatkan Wan Saiful mungkin baru keluar gua, Isham berkata, yang memperkenalkan bantuan tunai menyeluruh kepada rakyat adalah Datuk Seri Najib Razak.



Katanya, Najib yang terlebih dahulu memperkenalkan BR1M.

”Masa itu kamu kutuk dia dan kamu tolak BR1M kerana kamu kata kamu tolak cash is king bagai.

”Dan lepas kamu menang PRU-14 dengan PH, abah kamu Muhyiddin, atok kamu Mahathir serta uncle kamu Guan Eng dan puak-puak kamu yang potong BR1M dan suruh rakyat ikat perut dan jangan harap bantuan kerajaan.

”Ini semua setelah puak kamu tipu manifesto yang kamu kata bukan kitab suci.,” bidasnya lagi.



Tambahnya, selepas PPBM memerintah 22 bulan dengan Pakatan Harapan, dicampur 17 bulan dengan Perikatan Nasional ekonomi Malaysia jatuh teruk.

Selain itu, hutang negara mencanak naik, banyak pelabur lari, harga barang melambung tinggi, dan ramai rakyat yang hilang kerja.

”Dan kini kamu ingin salahkan orang lain dan claim kredit pula,” kata Isham. MG

Najib yang perkenal bantuan tunai kepada rakyat




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mental jangan koyak – TMJ (Video)

‘Siapa kecam aku, berdosa, berdosa’ – Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *