Liverpool ‘dari planet lain’

LONDON: Thierry Henry memuji aksi Liverpool yang sifatkan datang ‘dari planet lain’ selepas pa­sukan itu membenam Everton 4-1 dalam aksi Liga Perdana Ing­geris semalam.

Reds menguasai pertemuan dua musuh tradisi yang menyaksikan Mohamed Salah meledak dua gol, manakala Jordan Henderson serta Diogo Jota masing-masing menambah satu jaringan.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp itu melakar kemenangan terbesar di Goodison Park dalam tempoh 39 tahun.

Ini bukan kali pertama Liverpool meledak empat gol musim ini. Mereka turut membelasah Southampton dan Arsenal de­ngan empat jaringan.

Reds juga sebelum itu turut membolosi gawang Manchester United, Watford dan Porto (Liga Juara-Juara) dengan lima gol.

“Pada saya, mereka datang dari planet lain. Bukan hanya Liverpool, dua lagi kelab (Chelsea dan Manchester City) berada pada prestasi serta retak tertinggi.

“Empat (gol) menentang Arsenal, empat bertemu Southampton, empat malam ini, dan bila melawan Wolverhampton (Sabtu ini) mereka boleh menjangkakan empat lagi gol.

“Intensiti permainan mereka ketika mengawal bola atau tanpa bola sangat menakjubkan,” kata legenda Arsenal itu.

Sementara itu, Salah yang meledak 19 gol dalam 19 perlawanan musim ini berkata, me­numpaskan dua pa­sukan musuh memberi kepuasan.

“Menang 4-1 di sini (Goodison Park) dan mengalahkan Manchester United dengan lima gol membuktikan kami melakukan kerja yang baik dalam liga,” kata Salah. – AGENSI


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wan Saiful, BR1M itu dedak kan, bukan cash transfer? – Najib

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker