Jualan Keluarga Malaysia di semua Parlimen esok – Ismail
Jualan Keluarga Malaysia di semua Parlimen esok – Ismail
KERAJAAN akan menganjurkan program Jualan #KeluargaMalaysia di semua 222 kawasan Parlimen secara serentak bermula esok sebagai antara usaha meringankan beban rakyat susulan kenaikan harga barang ketika ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada peringkat permulaan, program itu yang menawarkan barangan keperluan harian pada harga murah antara 20 dan 50 peratus disasar diadakan dua kali setiap bulan memfokuskan kepada kawasan ramai penduduk daripada golongan B40 dan M40.
“Pada peringkat permulaan, dua kawasan di setiap (kawasan) Parlimen dengan awalnya yang ramai B40 dan M40 kerana golongan itu adalah yang terkesan teruk terutama selepas penularan COVID-19,” katanya pada sidang media selepas melancarkan program Jualan #Keluarga Malaysia di Dataran Perpustakaan Lembah Pantai, semalam.
Program sehari itu merupakan usaha pelbagai pihak antaranya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP); Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) selain syarikat swasta.
Menurut Perdana Menteri, penganjuran program Jualan #Keluarga Malaysia itu disasar diadakan sehingga Februari depan, bergantung kepada situasi semasa harga barangan.
Ismail Sabri berkata, usaha kerajaan melalui beberapa kementerian bertanggungjawab mengimport bekalan seperti sayur dapat memastikan ia mencukupi di pasaran seterusnya menurunkan harga jualan.
Sebahagian daripada orang ramai mengambil peluang memilih sayur-sayuran yang dijual dengan harga murah ketika Pelancaran Jualan Keluarga Malaysia di Pantai Dalam, semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid
“Kalau harga barang jatuh sebelum Februari, jualan murah (Jualan #KeluargaMalaysia) ini tidak diteruskan, tapi kalau harga tidak turun jualan akan diteruskan… yang penting kerajaan sedar apa dialami rakyat dan tidak akan biarkan rakyat tanggung sendiri,” katanya.
Mengenai program hari ini, Ismail Sabri berterima kasih kepada 25 pemain industri runcit yang menjual pelbagai barangan keperluan harian pada harga murah seterusnya membantu kerajaan mengurangkan beban rakyat.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata, Majlis Tindakan Sara Hidup Negara akan bermesyuarat bagi membincangkan punca kenaikan harga barangan ketika ini selain menentukan intervensi jangka pendek dan jangka panjang.
Beliau berkata, selain KPDNHEP, turut dilibatkan dalam mesyuarat itu ialah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Pengangkutan.
“Pengangkutan sering juga dikatakan punca kenaikan harga barang, misalnya alasan tukar tayar. Bukan tiap bulan tukar tayar, tak kan nak dijadikan isu sebab itu kita panggil juga Kementerian Pengangkutan,” katanya.
Perdana Menteri juga menegaskan bahawa tiada sebarang kompromi dalam bentuk tindakan terhadap mana-mana peniaga yang tidak beretika dengan menaikkan harga barangan tanpa sebab munasabah ketika orang ramai dalam kesusahan. Utv
Jualan Keluarga Malaysia di semua Parlimen esok – Ismail
Baca Artikel Menarik :
- Tempat Viral Tengok Kapal Terbang Ditutup
- Lelaki beli Lamborghini, Rolex guna dana bantuan Covid-19
- Nadia Brian tak tolak kalau dah jodoh
- JDT kalah bagus sebagai wake up call – TMJ
- Dakwa adik dipukul di kem, hubungi saya segera – Hishammuddin
- 445 pelajar berhenti sekolah untuk kahwin
- 7 Beautiful Gems In Malaysia You Confirm Wanna Bookmark For Your Next Trip
- Air banjir jernih seperti kolam (Video)
- Suami cekup isteri bersekedudukan bersama lelaki lain
- Pantun sindir JDT Sanusi curi tumpuan
- Mengapa Manusia Selepas Adam Diciptakan Dari Air Mani Dan Bukan Tanah
Layari Laman Facebook MYKMU
‘Siapa kecam aku, berdosa, berdosa’ – Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah