Kes COVID-19 baru Singapura meningkat, kemasukan ICU naik

SINGAPURA: Sejumlah 1,324 jangkitan COVID-19 baru dilaporkan di republik ini semalam, meningkat berbanding 1,239 kes kelmarin.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan COVID-19 berada pada 0.67, naik daripada 0.66 kelmarin, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Ini adalah hari ke-19 berturut-turut kadar pertumbuhan berada di bawah satu iaitu bilangan yang merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan yang konsisten di bawah satu menunjukkan bahawa bilangan kes COVID-19 mingguan baharu semakin susut.

Kadar penggunaan unit rawatan rapi (ICU) ialah 59.7 peratus pada Isnin lalu, naik daripada 58.5 peratus pada Selasa.

Seramai lapan orang berumur antara 59 dengan 86 tahun meninggal dunia akibat komplikasi yang dikaitkan dengan COVID-19, kata MOH.

Kesemua mereka, kecuali satu individu yang tidak divaksin, mempunyai pelbagai komplikasi perubatan, tambahnya tanpa memberi butiran lanjut.

Kematian terbaru itu menjadikan jumlah 726 kematian di Singapura akibat coronavirus manakala jangkitan mencecah 266,049 kes.

Jangkitan baru itu merangkumi 1,266 kes dalam masyarakat, 45 di asrama pekerja asing dan 13 kes yang diimport.

Kes dalam masyarakat itu termasuk 200 warga emas berumur 60 tahun ke atas.

Hingga Selasa, 87 peratus penduduk telah menerima dua dos vaksin, dan 27 peratus telah mengambil suntikan penggalak. – AGENSI

Kes COVID-19 baru Singapura meningkat, kemasukan ICU naik


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kenderaan tertimbus dalam runtuhan tanah di Cameron Highland dikesan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker