PN mahu dapatkan pengaruh Mahathir – Tuan Ibrahim

PN mahu dapatkan pengaruh Mahathir – Tuan Ibrahim

Pelantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat tidak rasmi empat negeri yang diketuai Perikatan Nasional (PN) adalah untuk mendapatkan pengaruh bekas perdana menteri itu, kata seorang pemimpin PAS.

Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Pengerusi PN Muhyiddin Yassin tidak dilantik sebagai penasihat kerana “beliau memang dah sebahagian daripada kita”, lapor Malaysiakini.



Timbalan presiden PAS itu juga berkata “ada faktor yang tersurat dan tersirat” dalam pelantikan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu.

“Kita nak seramai mungkin orang bersama dengan kita. Setiap orang tu ada dia punya penyokong dia, pengikut dia.
“Jadi orang yang berpengaruh begini kalau boleh bersama kita, dia akan membina satu gelombang, walau besar atau kecil,” katanya.

Tuan Ibrahim juga menafikan PAS cuba untuk meminggirkan Muhyiddin atau menyokong Mahathir secara politik.

Mahathir, katanya, menyatakan yang beliau hanya mahu menyumbang dan tidak berhasrat untuk bertanding dalam pilihan raya.



Bekas menteri Salleh Said Keruak sebelum ini mendakwa PAS melantik Mahathir sebagai penasihat tidak rasmi bagi menonjolkan beliau sebagai pemimpin de facto PN.

Sementara itu, Muhyiddin berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan pelantikan Mahathir sebagai penasihat ‘state government four’ atau dikenali sebagai SG4.

Presiden Bersatu itu berkata beliau menyokong langkah itu dan berharap ekonomi di keempat-empat negeri itu akan lebih membangun.

Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar baru-baru ini berkata Terengganu, Kedah, Perlis dan Kelantan bersetuju untuk menjadikan Mahathir sebagai penasihat tidak rasmi.



Peranan Mahathir katanya, adalah untuk menghubungkan empat negeri itu dengan pelabur dari negara seperti Jepun dan Korea Selatan yang mempunyai hubungan baik dengan beliau. FMT

PN mahu dapatkan pengaruh Mahathir – Tuan Ibrahim

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam



Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker