Lelaki Dilapor Hilang Terjun Jambatan Ditemui Lemas

Lelaki Dilapor Hilang Terjun Jambatan Ditemui Lemas

TEMERLOH: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Ahad lepas selepas disyaki terjun dari Jambatan Songsang, Sungai Semantan di sini ditemui lemas pagi tadi.

Ketua Balai Bomba Temerloh, Penolong Penguasa Bomba Syed Mohsen Tuan Ismail berkata, mangsa, Mohamad Hanizam Md Khalisb, 30, yang dipercayai mempunyai masalah gangguan mental, ditemui oleh orang awam pada jam 9.01 pagi kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa terjun.

“Mayat mangsa ditemui berhampiran sangkar ikan milik penduduk kampung. Sejurus menerima maklumat berkenaan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bergegas ke tempat kejadian bagi membantu membawa mangsa ke tempat selamat.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi SAR tamat pada jam 9.33 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan mangsa dipercayai telah terjun dari jambatan terbabit kira-kira jam 11 pagi pada Ahad berdasarkan penemuan selipar dan motorsikal mangsa di tempat kejadian.

Sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh dengan dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin serta Pasukan K9 telah menggerakkan operasi SAR dengan melakukan ‘surface searching‘ dan membuat selaman.

Operasi SAR ini juga mendapat bantuan dari pelbagai agensi termasuk pasukan polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang kampung dengan radius sepanjang lima kilometer.-AA

Lelaki Dilapor Hilang Terjun Jambatan Ditemui Lemas

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Intan Najuwa calon menantu ‘limited edition’

Janna Nick persetan netizen

Mimy Fly terkilan teman lelaki dipanggil negro

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker