Netizen bertikam lidah pasal hukum android box
Netizen bertikam lidah pasal hukum android box
Gara-gara Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) mengeluarkan hukum bahawa pengggunaan peranti android sebagai harus kelmarin, warganet mula bertikam lidah berhubung isu berkenaan.
Rata-rata tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan yang dianggap tidak melindungi hak cipta produk yang digunakan oleh stesen-stesen televisyen berbayar.
Ada yang beranggapan penggunaan peranti berkenaan sebagai satu kegiatan cetak rompak tanpa disedari.
“Peranti android itu bersamaan dengan cetak rompak. Saya berharap kawan-kawan disini hentikan menjadi piracy enabler. Peranti android bukan business, ia satu rompakan pada orang seniman yang memang hidup miskin. Ini sebab isu royalti kita masih lagi tidak dapat diselesaikan,” tegas seorang warganet.
Seorang lagi warganet berkata; “Tidak salah jika ingin membeli peranti android. Tetapi, yang salah apabila langgan karya yang dicuri menggunakan saluran cetek rompak. Beli peranti android, layan sahaja apa yang ada dalamnya macam Netflix, Youtube dan lain-lain.”
Terdapat juga beberapa netizen yang keliru dengan keputusan harus menggunakan peranti android dan menganggap ia sebagai satu bahan jenaka.
“Orang lain kata peranti android haram, lain kata ia halal’. Saya kata, apa itu peranti android?” seorang warganet meluahkan perasaan keliru.
“Semua orang tengah bising pasal peranti berkenaan manakala saya yang mengguna Tizen OS,” ciap seorang pengguna Twitter.
Kelmarin, PMWP menerusi artikel Irshad Al-Fatwa Siri Ke-649 memutuskan bahawa hukum membeli dan menggunakan peranti android adalah harus selagi mana ia tidak diakses kepada siaran berbayar dan hak cipta lain.
PMWP berkata, sekiranya tujuan pembelian dan penggunaan peranti tersebut adalah untuk mengakses siaran berbayar dan hak cipta lain dengan cara yang salah, maka ia adalah diharamkan kerana mencerobohi hak dan menzalimi pihak lain.
Menurutnya, android box adalah alat atau peranti yang digunakan untuk membolehkan televisyen mendapat siaran-siaran dari seluruh dunia. Utusan
Netizen bertikam lidah pasal hukum android box
Baca Artikel Menarik :
- Katak lompat masuk Bersatu, dah tu gubal undang-undang anti lompat kenapa?
- Kes lelaki maut dicekik, 2 beranak ditahan reman
- Aishah bercerai lagi?
- Prof Ridhuan Tee beri amaran: Takkan nak tunggu Pulau Pinang jadi Singapura kedua? [VIDEO]
- Penunggang motosikal terbabas lihat gadis penjual penkek [VIDEO]
- Nik Abduh, Khairuddin dan Zuhdi dilantik untuk elak perpecahan
- Bekas PM kata Melayu malas, sedangkan nelayan keluar sebelum maghrib, balik subuh – Ismail
- Gempar mayat bogel bangun berjalan
- Pas tolak MN kalau hanya ada UMNO sahaja – Hadi
- Seronok Penyanyi Dangdut Amelina Diam-Diam Naik Pelamin, Peminat Siap Ucap Tahniah [VIDEO]
- Ramai sedih lihat budak jual gam
Layari Laman Facebook MYKMU
Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung, Mahu Elak Dicuri Oleh Peminat
Guna Android Box Tonton Siaran Swasta Tapi Tak Bayar, Ini Respon Mufti