Harga Sayur Naik Hingga 200%, Ini Punca Kenaikan

Sebaran :

Harga Sayur Naik Hingga 200%, Ini Punca Kenaikan

AWAL September lalu, kenaikan harga ayam mentah yang melambung memberi impak kepada ramai pengguna.

Tidak hanya daging ayam yang naik sehingga lebih RM10 sekilogram, telur juga dilaporkan mengalami peningkatan harga susulan dakwaan penternak dan pengeluar terpaksa menampung kos kenaikan harga dedak, anak ayam dan sumber tenaga pekerja asing.

Susulan itu, keresahan pengguna ibarat tiada nokhtah kerana kini dikatakan sayur-sayuran pula akan mengalami kenaikan harga.



Malah menurut Persatuan Pemborong Sayur Kuala Lumpur, kenaikan tersebut akan terus meningkat sehingga selepas cuti perayaan Tahun Baru Cina nanti.

Ujar presidennya, Wong Keng Fatt, punca kenaikannya adalah disebabkan;

1. Peralihan Monsun Timur Laut.

2. Berlakunya bencana banjir dan tanah runtuh di Cameron Highlands dan kawasan tanaman sayur sekitarnya yang menjejaskan hasil dan bekalan.



3. Harga beberapa jenis sayur seperti kubis bunga, kacang panjang serta cili mengalami peningkatan sehingga 200% sejak dua minggu lalu.

4. Kekurangan bekalan dan tenaga kerja.

5. Pembekal di Cameron Highlands memaklumkan mengenai beberapa masalah yang dihadapi seperti bencana banjir, tanah runtuh dan kekurangan tenaga kerja.

Manakala Presiden Persatuan Pekebun Sayur Cameron Highlands, Chai Kok Lim pula berkata ia juga disebabkan;



1. Sekatan global akibat pandemik Covid-19 memberi kesan teruk terhadap bekalan sayur-sayuran.

2. Harga sayur dipengaruhi oleh permintaan dan bekalan. Sayur seperti cili agak mahal kerana ia bermusim dan bergantung kepada faktor import.

Baca juga Tak Beli Supplemen Tak Apa, Ini Senarai Sayur, Buah Tinggi Vitamin C

3. Kos pengangkutan yang meningkat turut menyebabkan pembekal tiada pilihan kecuali menaikkan harga barang.

Isu kenaikan harga sayur-sayuran dibangkitkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini. Ia menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyiasat perkara itu kerana dikhuatiri pembekal melanggar Akta Anti-Percatutan. SinarP

Harga Sayur Naik Hingga 200%, Ini Punca Kenaikan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung, Mahu Elak Dicuri Oleh Peminat

Guna Android Box Tonton Siaran Swasta Tapi Tak Bayar, Ini Respon Mufti


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *