Pimpinan tertinggi UMNO-Pas perlu kembali ke meja rundingan demi ummah

SHAH ALAM – Pemuda UMNO menggesa kepimpinan tertinggi UMNO dan Pas untuk kembali ke meja rundingan demi Islam, Melayu dan akar umbi.

Exconya, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, kedua-dua parti berkenaan sebelum ini bertungkus lumus memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Pilihan Raya Kecil (PRK) di semua tempat sewaktu berada di pihak pembangkang.

“Jelas, andai dua parti ini kekal kukuh, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dulu dalam Pakatan Harapan boleh rebah.



“Apabila Bersatu mendaftarkan Perikatan Nasional (PN), sebenarnya ia kesilapan besar kerana agenda mereka jelas iaitu untuk menguburkan UMNO dan mengecilkan kekuatan kami,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, Muafakat Nasional (MN) kerjasama antara Pas yang mewakili Gagasan, yang ada Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) manakala UMNO yang mewakili BN (UMNO, MCA, MIC dan PBRS).

“PN hanya dianggotai oleh parti-parti politik tunggal bukan gabungan, Bersatu, Pas, Gerakan dan STAR). Dari segi struktur organisasi sahaja, MN lebih baik dan berstruktur dari PN apatah lagi dari segi jumlah ahli dan kekuatan jentera.

“Tidak ada ruginya, MN menjadi tunjang menuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti. Saya banyak bertanya kepada orang yang tidak berparti termasuk anggota keselamatan dan juga bangsa lain, mereka jelas lebih selesa dengan MN.



“Kata mereka, setelah 22 bulan PH perintah, mereka bukan nak stabilkan negara, tetapi mengambil jalan membalas dendam dan merosakkan ekonomi dan kestabilan kaum,” katanya.

Pimpinan tertinggi UMNO-Pas perlu kembali ke meja rundingan demi ummah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Kalau PAS enggan kerjasama, Umno tak paksa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker