Ketahui Hukum Pakai Kuku Palsu Dengan Tujuan Nak Cantik, Berhati-hati Ikut Fesyen

Ketahui Hukum Pakai Kuku Palsu Dengan Tujuan Nak Cantik, Berhati-hati Ikut Fesyen

HIASAN kecantikan yang merupakan fitrah wanita itu pada asalnya adalah baik dan mempunyai asas daripada syarak akan tetapi mestilah tidak melanggar apa yang telah dilarang agama.

Umumnya, hukum asal bagi pakaian dan perhiasan adalah harus sama ada pada badan, pakaian atau tempat. Tetapi, hukumnya berlanjutan sedemikian (yakni halal dan harus) selagi mana tiada nas-nas khusus yang mengecualikan hukum asal tersebut.

Salah satu aksesori yang gemar dipakai wanita adalah kuku palsu yang merupakan sambungan, diletakkan ke atas kuku sebagai aksesori fesyen.

Sebahagian reka bentuk kuku tiruan ini ada yang direka menyamai rupa bentuk kuku asal sehampir-hampirnya, begitu juga ada yang direka sememangnya berbeza bagi menampakkan nilai artistik.

Tidak seperti kebanyakan manicure (penjagaan dan perawatan kecantikan kuku), kuku palsu ini memerlukan penjagaan yang rapi, yang mana si pemakai perlu menghadiri salun rawatan kuku sekurang-kurangnya setiap dua minggu sekali, dan dikatakan ia boleh bertahan sehingga sebulan.

shutterstock_104752568

Ramai wanita memakai kuku palsu kerana fesyen dan ingin tampil cantik.

Maka, tidak dinafikan bahawa kepelbagaiannya dari sudut saiz, corak, reka bentuk dan ketahanan yang tinggi meletakkan aksesori lebih terkedepan berbanding jenis rawatan kecantikan kuku yang lain.

Bagaimana pandangan Islam mengenai penggunaan kuku palsu?

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah menjelaskan Islam mengharamkan sebarang bentuk pengubahan ciptaan asal bahagian tubuh seseorang yang dilakukan dengan alasan untuk kelihatan lebih cantik sama ada dengan cara penyambungan atau dengan cara pembedahan atau seumpamanya.

Hal ini kerana, terdapat hadis yang melarang perkara tersebut sebagaimana diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas‘ud, katanya:

Maksudnya: “Allah melaknat wanita-wanita yang membuat tatu, yang meminta dilukiskan tatu, yang mencabut bulu-bulu wajah dan yang merenggangkan gigi untuk kecantikan, yang mengubah ciptaan Allah.” (Riwayat al-Bukhari, 4886)

hukum-memakai-kuku-palsu

Bersyukurlah dengan kurniaan Allah tanpa membuat sebarang perubahan.

“Hadis ini menunjukkan akan pengharaman semua perkara tersebut dan lafaz ‘laknat’ yang terdapat di dalamnya merupakan dalil bahawa ia termasuk dalam dosa-dosa besar.

“Jika pemakaian kuku palsu itu kerana suatu keperluan seperti melindungi bahagian kulit kuku asal yang tercabut atau tujuan rawatan atau seumpamanya, maka diharuskan.

“Manakala sekiranya pemakaian kuku palsu demi kecantikan tambahan semata-mata, maka perkara itu tidak dibenarkan oleh syarak kerana dikhuatiri termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah SWT,” katanya.

Luqman menambah mereka yang memakainya dengan tujuan rawatan dan perubatan, mestilah mengikut beberapa piawaian atau syarat iaitu pemakaiannya tidak menghalang air untuk sampai ke kulit sewaktu mengambil wuduk dan juga mandi wajib.

Begitu juga, hendaklah ia dicipta daripada bahan yang suci lagi halal, di samping rupa bentuknya pula tidak terlalu menyerlah atau melampaui rupa bentuk kuku asal.

Bahkan bahan yang digunakan mestilah selamat dan baik untuk digunakan.

b796b6f4-shutterstock_1638223117

Kuku palsu bukan sekadar menyambung tetapi tampil dengan pelbagai corak dan rekaan.

Berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan di atas, boleh disimpulkan seperti berikut:

1. Jika pemakaian kuku palsu tersebut atas sebab keperluan yang mendesak seperti untuk melindungi bahagian kulit kuku asal yang tercabut atau untuk tujuan rawatan atau seumpamanya, maka ia diharuskan.

2. Manakala sekiranya pemakaian kuku palsu itu demi kecantikan tambahan semata-mata tanpa sebarang keperluan yang lain, maka perkara itu tidak dibenarkan oleh syarak kerana dikhuatiri termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah SWT. Apatah lagi perbuatan tersebut secara jelas mengandungi unsur penipuan dan pembaziran.

3. Dari satu sudut yang lain pula, mereka yang memakainya dengan tujuan rawatan dan perubatan, mestilah meraikan beberapa perimeter atau syarat iaitu pemakaiannya tidak menghalang air untuk sampai ke kulit sewaktu mengambil wuduk dan juga mandi wajib.

4. Begitu juga, hendaklah ia daripada bahan yang suci lagi halal, di samping rupa bentuknya pula tidak terlalu menyerlah atau melampaui rupa bentuk kuku asal. Manakala bahan yang digunakan mestilah selamat dan baik untuk digunakan.

Ketahui Hukum Pakai Kuku Palsu Dengan Tujuan Nak Cantik, Berhati-hati Ikut Fesyen

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kebarangkalian komet pemusnah langgar Bumi meningkat- NASA

Wilayah di utara Arab Saudi dilitupi salji

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker