Adakah perusuh Covid-19 di Belanda bodoh atau kecewa? [VIDEO]

APABILA perusuh-perusuh mengamuk di Rotterdam, Belanda pada minggu lalu, Akash Anroadh dilanda satu perasaan bahawa kejadian seumpama itu pernah berlaku sebelum ini.

Beliau yang berumur 27 tahun pernah mengingati bahawa sekumpulan pemuda membakar satu halangan yang terdapat di luar kedainya pada Januari lalu.

Kejadian membakar kereta polis dan bunga api dilemparkan oleh golongan muda di tengah Rotterdam dan berlaku juga di daerah Feyenoord iaitu tempat terletaknya kedai Anroadh yang menjual produk India.

Namun, beliau bimbang masalah tersebut masih belum berakhir.

“Ia akan berlaku lagi. Golongan muda menjadi kecewa kerana mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana Covid-19,” katanya kepada AFP.

Rusuhan itu menyebabkan lima orang cedera dan polis terpaksa melepaskan tembakan bagi menyuraikan para perusuh.

Bagaimanapun, rusuhan itu terus merebak sehingga ke seluruh negara dari The Hague hingga ke Gronginen.

Bagi Anroadh dan ramai penduduk Rotterdam, sekatan yang baru dilaksanakan oleh kerajaan Belanda bagi menangani penularan Covid-19 seperti penutupan bar dan restoran pada pukul 8 malam waktu tempatan digunakan sebagai alasan oleh golongan muda bertindak ganas setelah hidup di bawah bayangan Covid-19 sejak tahun lalu.

Secara faktanya ialah penduduk tidak lagi boleh menonton perlawanan bola sepak dan larangan terhadap sambutan tahun baharu yang dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api pula menambahkan lagi kekecewaan mereka.

Anroadh tidak terkejut dengan latar belakang kebanyakan perusuh itu.

Ini adalah kerana pihak berkuasa menyatakan ramai perusuh yang ditangkap itu ialah golongan muda.

 

Tunjuk perasaan bagi menentang langkah-langkah penularan Covid-19 berlaku selama empat hari di di Belanda baru-baru ini. - Foto AFP
Tunjuk perasaan bagi menentang langkah-langkah penularan Covid-19 berlaku selama empat hari di di Belanda baru-baru ini. – Foto AFP

 

Baru-baru ini, pada hari ketiga rusuhan tersebut berlaku, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte melabelkan para perusuh itu sebagai bodoh dan berikrar akan menghukum mereka kerana melakukan rusuhan yang menentang langkah-langkah kerajaan bagi menghalang penularan Covid-19 di negaranya.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Belanda mempunyai gambaran yang lebih menyeluruh tentang kejadian rusuhan itu.

Polis menyatakan bahawa masalah di Rotterdam itu bermula apabila tunjuk perasaan itu diatur menerusi media sosial bagi menentang polisi kerajaan bagi menghalang penularan Covid-19.

Ia kemudian merebak dan menjadi sukar dikawal dengan beberapa orang pesalah rusuhan itu datang dari luar bandar Rotterdam.

Sebahagian perusuh Rotterdam itu turut dikaitkan dengan samseng-samseng bola sepak manakala rusuhan yang berlaku di kebanyakan tempat pula berbeza kerana ia berlaku bukan disebabkan oleh kepentingan politik atau sosial, kata Menteri Keadilan Belanda, Ferd Grapperhaus.

Lebih 100 orang ditangkap dalam rusuhan itu yang berlaku selama lebih tiga hari.

Seorang remaja berusia 19 tahun yang mahu dikenali sebagai Emre berkata, beliau pergi ke pusat bandar pada malam Jumaat lalu dengan lima rakannya setelah terpanggil untuk menyertai tunjuk perasaan tersebut menerusi media sosial.

Menurutnya, beliau masih tidak divaksin kerana berasa ragu-ragu tentang keberkesanan suntikan itu dan berasa bangga menyertai tunjuk perasaan tersebut pada Jumaat lalu.

Seorang remaja berusia 18 tahun berketurunan Turki yang mahu dikenali Samski berkata, orang ramai membantah rancangan kerajaan untuk menyekat kemasukan penduduk yang tidak mendapat vaksin ke bar, kafe dan restoran.

Dalam pada itu, seorang penyokong kelab bola sepak Feyenoord di Rotterdam, Mark Been, 54, berkata, terdapat samseng bola sepak dari kelabnya yang menyertai tunjuk perasaan itu.

Walau apa pun, bagi kebanyakan penduduk, mereka menimbulkan persoalan tentang sekatan yang dikenakan kerajaan bagi menghalang penularan Covid-19 kerana ia dianggap sebagai salah satu polisi yang paling ketat di Eropah. – Agensi

Adakah perusuh Covid-19 di Belanda bodoh atau kecewa?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kalau PAS enggan kerjasama, Umno tak paksa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker