Cabul kanak-kanak 6 tahun, bapa tiri ditahan

Cabul kanak-kanak 6 tahun, bapa tiri ditahan

KLANG: Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki mencabul anak tiri perempuannya berusia enam tahun, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, berkata suspek berusia 30-an ditahan kira-kira jam 8 malam tadi di sebuah rumah di Taman Seri Andalas di sini.



Beliau berkata, tangkapan ke atas suspek dilakukan susulan laporan dibuat oleh bapa kandung kanak-kanak itu.

“Siasatan awal mendapati, mangsa dijaga secara bergilir selepas ibu bapa kandungnya berpisah dan difahamkan, ibu mangsa baru saja berkahwin dengan suspek pada Januari lalu.

“Kejadian dipercayai berlaku pada waktu tengah hari selepas mangsa pulang dari taska dan bersendirian dengan bapa tirinya. Ketika dijaga bapa tirinya, mangsa memberitahu suspek menyentuh kemaluannya ketika mereka berada di dalam bilik.

“Susulan itu, bapa kandung mangsa tampil membuat laporan polis,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, hari ini.



Beliau berkata, suspek direman enam hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

“Polis turut menyiasat jika suspek melakukan perkara sama terhadap mangsa sebelum ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya. BH

Cabul kanak-kanak 6 tahun, bapa tiri ditahan


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Kebarangkalian komet pemusnah langgar Bumi meningkat- NASA

Wilayah di utara Arab Saudi dilitupi salji



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker