Takkan hukum guru tak vaksin sampai letak mereka tepi tandas – NUTP

Takkan hukum guru tak vaksin sampai letak mereka tepi tandas – NUTP

TINDAKAN sekolah yang mula mengenakan tindakan terhadap guru-guru yang tidak mengambil vaksin semakin dirasai oleh guru-guru terbabit sehingga ada yang terpaksa meviralkan tempat mereka ‘dikurung’.

Dalam beberapa video terbaru, terdapat guru yang ditempatkan di dalam stor dan juga yang diletakkan dalam bilik kecil di sebelah tandas yang mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) hari ini melahirkan bantahan terhadap tindakan sekolah-sekolah tertentu ‘mengurung’ guru-guru tersebut yang dianggap diletakkan di tempat yang tidak sewajarnya.

Presidennya, Aminuddin Awang berkata, walaupun sememangnya guru-guru berkenaan perlu diasingkan kerana tidak divaksin tetapi mereka berhak mendapat layanan yang lebih baik sebagai seorang pendidik.

“Ini sesuatu yang menyedihkan. Kita harapkan keadaan ini ditambah baik. Memang betul mereka perlu diasingkan. Tetapi meletakkan mereka di tempat berhampiran tandas sangat tidak wajar dan kita harap perkara ini dihentikan. Mereka perlu dapat layanan lebih baik.

“Kementerian dah keluarkan garis panduan pengurusan dan pengoperasian sekolah. Dinyatakan mereka perlu diasingkan. Tapi bukanlah diasingkan sampai peringkat begitu sekali,” katanya memetik laporan portal FMT.

Semalam, tular satu video yang dimuat naik oleh seorang guru kononnya dia diasingkan pihak sekolah dalam sebuah bilik simpanan stor tukang cuci kerana belum menerima vaksin Covid-19.

BERITA BERKAITAN Tindakan guru tolak vaksin selepas 1 November – Radzi

Video berdurasi kira-kira tiga minit itu tular dalam aplikasi TikTok, sehingga kini sudah mencecah 1.2 juta tontonan.

Dalam carian di laman TikTok, terdapat juga satu video menunjukkan seorang guru diasingkan dalam sebuah bilik bersebelahan tandas.

Aminuddin berkata, NUTP tidak boleh memberikan cadangan di mana tempat sesuai untuk mengasingkan guru terbabit.

“Kemudahan sekolah tidak sama. Tempat mana (nak asingkan guru) bergantung kepada sekolah. Cuma kita harap letakkan mereka di tempat sewajarnya,” katanya sebagai penjawat awam, kehadiran ke sekolah adalah satu kewajipan meskipun belum menerima vaksin.

“Kita ada peraturan. Kehadiran ke tempat kerja itu adalah perlu jika tiada sebab munasabah seperti sakit dan sebagainya. Kita (NUTP) setuju guru tersebut dipanggil ke sekolah tetapi pihak kementerian pun perlu mengelakkan aspek kebimbangan ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah,” katanya.

Aminuddin berkata, NUTP menggesa Kementerian Pendidikan juga menetapkan penyelesaian terbaik untuk guru divaksin yang terpaksa mengambil alih tugas guru-guru belum divaksin sehingga membebankan mereka. Utv

Takkan hukum guru tak vaksin sampai letak mereka tepi tandas – NUTP


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gelagat Mak Nubhan Masuk Butik Mewah Buat Ramai Terhibur (Video)

Pas nak lawan UMNO atau PH, tanya Asyraf

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker