Kemenangan di Melaka bukan lagi untuk dibangga-bangga – Tok Mat

Sebaran :

Kemenangan di Melaka bukan lagi untuk dibangga-bangga – Tok Mat

KEMENANGAN bergaya Barisan Nasional (BN) berjaya memperoleh dua pertiga majoriti di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Sabtu lalu bukan lagi untuk diulas-ulas dan dibangga-banggakan.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, BN telah mengembalikan kestabilan dan memulihkan demokrasi di Melaka.

Menurutnya, fasa seterusnya ialah mengurus kemajuan negeri tersebut dan memakmurkannya.



“Banyak yang telah diperkatakan sejak kemenangan BN di Melaka. Saya tidak berhasrat untuk mengulasnya lagi.

“Bagi saya, ini adalah masa untuk bekerja. Bekerja dengan lebih kuat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Mohamad berkata, kemenangan yang dikecapi mesti dilunaskan segera dengan tanggungjawab memulihkan ekonomi, mencipta pekerjaan, dan menambahbaik tadbir urus Kerajaan.

“Setelah tiga tahun dibazirkan oleh pergolakan politik, ini adalah saat genting bagi BN untuk terus memacu ke hadapan dengan pantas dan bingkas.



“Setelah kestabilan politik yang telah BN terima di Melaka, kemakmuran rakyat negeri Melaka mesti diterjemahkan melalui kepesatan pembangunan dan kesejahteraan hidup,” katanya.

Menurut beliau lagi, Melaka memerlukan lonjakan baru di dalam sektor ekonomi.

“Pelancongan Melaka wajar diberi nafas baru dengan model perniagaan yang inovatif.

“Idea untuk menjadikan Melaka sebuah kota utama untuk pekerja lepas (freelancers), digital nomad, dan pengiat industri kreatif wajar diberikan keutamaan. Melaka boleh menjadi destinasi bagi pekerja lepas (freelancers) dan industri kreatif utama Malaysia,” katanya.



Tambah Mohamad lagi, berasaskan kekuatan Melaka dalam industri pelancongan kesihatan, anjakan seterusnya ialah membangunkan Melaka sebagai wilayah ekonomi berorentasikan kesihatan yang utama di negara ini.

“Melalui ikhtiar sebegini, sektor seperti pembuatan produk berkaitan kesihatan, latihan kesihatan, serta pengembangan industri farmaseutikal boleh menjadi sektor keberhasilan baru,” katanya.

“Kedudukannya yang strategik di Selat Melaka mesti digunakan sebaik mungkin bagi menjadikan Melaka sebagai gerbang baru bagi kemasukan industri, pelancong, pekerja, dan pelajar dari Sumatera.

Selain itu, tambah beliau lagi, usaha memesatkan pertumbuhan ekonomi akan mencipta pekerjaan.

“Rakyat yang mempunyai pekerjaan akan akhirnya boleh mengecapi kesejahteraan asalkan kekayaan yang tercipta itu diagihkan dengan saksama,” tegasnya. E9

Kemenangan di Melaka bukan lagi untuk dibangga-bangga – Tok Mat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gelagat Mak Nubhan Masuk Butik Mewah Buat Ramai Terhibur (Video)

Pas nak lawan UMNO atau PH, tanya Asyraf


Sebaran :

Leave a Reply