Guru diasingkan di setor tukang cuci (video)

Guru diasingkan di setor tukang cuci (video)

IPOH – Video seorang guru mendakwa dia diasingkan pihak sekolah di sebuah bilik simpanan (setor) tukang cuci yang tular di media sosial mendapat pelbagai reaksi netizen.

VIdeo berdurasi sekitar tiga minit itu menjadi tular pada aplikasi TikTok yang dimuat naik pemilik akaun bernama Asda Yanti Mh sejak semalam dan sudah mencecah 1.2 juta tontonan sehingga kini.



Guru salah sebuah sekolah menengah di Ipoh tersebut dipercayai diasingkan pihak sekolah ekoran beliau belum menerima suntikan vaksin.

Video berkenaan memaparkan pendidik tersebut meluahkan rasa kesal atas layanan yang diberi pihak sekolah terhadapnya.

Pada mulanya dia ditempatkan di setor pendidikan jasmani, namun ditukarkan ke setor tukang cuci atas alasan ia merupakan kawasan laluan serta mempunyai banyak peralatan sukan.

Katanya, bilik setor tukang cuci tersebut hanya mempunyai meja serta kipas namun tidak mempunyai kerusi serta plug untuk menggunakan komputer riba dan sebagainya.



“Dinding bilik diperbuat daripada zink jadi saya masuk sekejap dan tidak tahan kerana sangat panas.

” Jadi sekarang saya duduk di dalam kereta ambil sedikit penghawa dingin sebab bilik itu terlalu panas dan tidak layak diduduki,” katanya.

Sementara itu, rata-rata netizen memberi maklum balas langkah diambil lihak sekolah itu adalah bagi melindung pelajar dan guru yang sudah divaksin.

Ada juga yang menasihati guru berkenaan untuk menerima suntikan vaksin demi keselamatan semua serta keselesaan guru tersebut.



Bagaimana pun ruang komen berkenaan telah ditutup pemilik akaun terbabit setakat pukul 12 tengah hari tadi. K Online

[videopress 6IZbrp92]

Guru diasingkan di setor tukang cuci (video)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Isteri Fizo, cantik dan bijak – Netizen



PN kalah di PRN Melaka kifarah atas kesombongan Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker