15 perkara menarik dalam PRN Melaka

 

Bukan rahsia lagi apabila UMNO bersama dua rakan sejatinya MCA dan MIC melakukan magis dengan menang besar dalam Pilihan Raya Negeri Melaka.

Apabila ada pemenang, sudah tentu ada pengalahnya dan Pakatan Harapan (PH) harus menelan kepahitan dengan prestasi buruk di Melaka.



Bersatu dan Pas dalam percubaan pertama berganding dalam pilihan raya di Semenanjung juga mendapat berita dukacita apabila hanya menang di dua kerusi.

Namun, di sebalik keputusan tersebut, tentu ada pelbagai kisah dan angka menarik lain yang boleh didalami. Sinar Premium berkongsi 15 perkara yang anda perlu tahu tentang PRN Melaka.

 

CHEE LEONG
CHEE LEONG

1. MAJORITI TERTINGGI



Walaupun gagal mengekalkan lapan kerusi di DUN Melaka, tetapi DAP tetap menjuarai carta majoriti tertinggi. Calonnya di DUN Kota Laksamana, Low Chee Leong berjaya mendapat majoriti 11,494 undi. Bagaimanapun majoriti undi diperoleh Chee Leong yang juga penyandang kerusi itu merosot lebih 5,000 undi berbanding PRU14.

2. MAJORITI TERENDAH

Kerusi DUN Serkam menyaksikan persaingan sengit apabila penentuan pemenang DUN itu hanya dibezakan 79 undi. Penyandang kerusi DUN Serkam, Datuk Zaidi Attan (BN-UMNO) boleh menarik nafas lega apabila beliau akhirnya diumumkan pemenang DUN tersebut dengan 5,038 undi. Beliau diekori rapat oleh Ahmad Bilal Rahaudin (PN-Pas) yang menadapat 4,959 undi. Pertembungan tiga penjuru nyata memberi kesan kepada Zaidi kerana pada PRU14 beliau menang selesa dengan 2,737 majoriti undi.

3. PALING MUDA



Walaupun dalam PRN Melaka, calon termuda ialah daripada parti PH-PKR, Farzana Hayani Mohd Nasir yang baru berusia 21 tahun, namun nampaknya beliau gagal mencipta sejarah di negeri bersejarah itu. Bagaimanapun, daripada 28 orang pemenang kerusi PRN Melaka, ADUN Merlimau, Dr Muhamad Akmal Salleh daripada BN-UMNO dan ADUN Ayer Keroh, Kerk Chee Yee daripada PH-DAP menjadi pemilik kerusi DUN paling muda. Masing-masing berusia 33 dan 29 tahun.

 

DR MUHAMAD AKMAL
DR MUHAMAD AKMAL

4. BAWAH 40 TAHUN

Selain Dr Muhamad Akmal, DUN Melaka menyaksikan penampilan lima lagi pemimpin muda yang berusia di bawah umur 40 tahun. Lima ADUN tersebut ialah DUN Sungai Udang, Dr Mohd Aleef Yusof, 35, (PN- Bersatu); DUN Bandar Hilir, Leng Chau Yen, 37, (PH-DAP); DUN Rim, Khaidiriah Abu Zahar, 37, (BN-UMNO), DUN Kesidang, Allex Seah Shoo Chin, 38, (PH-DAP) dan DUN Ayer Keroh, Kerk Chee Yee, 29, (PH-DAP).



5. PALING TUA

Walaupun ada yang pernah mempersoalkan pencalonan, Datuk Kalsom Nordin sebagai calon pada usia yang sudah 68 tahun, namun beliau mendiamkan pengkritiknya apabila menang di Pengkalan Batu. Lebih manis, pada usia Kak Som merekodkan kejayaan berganda apabila merampas kerusi tersebut yang sebelum ini dikuasai DAP.

SHAMSUL ISKANDAR
SHAMSUL ISKANDAR

6. CALON HEAVYWIEGHT TUMBANG

Tumpuan PRN Melaka sudah tentunya ‘clash of titan’ di DUN Tanjung Bidara antara Pengerusi UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin. Malah pengiraan undi di DUN tersebut, menyaksikan Mas Ermieyati mendahului sebelum dipotong Rauf pada saat-saat akhir. Mas Ermieyati terpaksa akur tewas kepada Rauf dengan dibezakan 364 undi.



Ayam tambatan PH-PKR di Melaka, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mat Akin turut tersungkur dalam persaingan di DUN Paya Rumput. Ketua Penerangan PKR Pusat yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu kalah kepada muka baharu BN-UMNO, Datuk Rais Yasin dengan majoriti 629 undi.

Seorang lagi calon heavyweigt dari PH-PKR iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron juga gagal dalam percubaannya untuk menang di kampung halaman beliau di Asahan.

Lebih mengejutkan berbeza dengan calon terkenal lain, Idris ditewaskan dengan majoriti yang besar iaitu 2,993 undi.

Turut kecundang Pengerusi Bersatu Melaka, Rafiq Naizamohideen di Telok Mas. Beliau sebelum ini bekas ADUN Paya Rumput sebelum berubah angin ke DUN baharu.



7. HEAVYWEIGHT MENANG

Dua bekas Ketua Menteri Melaka iaitu masing-masing daripada BN-UMNO dan PH-Amanah mendapat kepercayaan pengundi kawasan mereka apabila mempertahankan kerusi masing-masing.

Datuk Seri Sulaiman Md Ali menang di Lendu dengan majoriti 3,104 undi manakala Adly Zahari menang di Bukit Katil dengan perbezaan undi 1,057 undi.

8. BN PERTAHAN SEMUA 13 KERUSI, TAMBAH 8 KERUSI LAGI

BN bukan sahaja menepati ramalan Pengarah Pilihan Raya, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk memperoleh 18 kerusi di DUN Melaka, malah menambah tiga lagi kerusi baharu. Menariknya UMNO berjaya mempertahankan semua 13 kerusi yang dimenanginya pada PRU14. BN juga merampas lapan kerusi daripada PH masing-masing kerusi DAP iaitu Gadek, Duyong, Pengkalan Batu; kerusi PKR iaitu Machap Jaya, Kelebang, Rembia dan kerusi Bersatu; Paya Rumput dan Telok Mas.

KHAIDHIRAH
KHAIDHIRAH

9. LIMA CALON WANITA MENANG

Walaupun dalam PRN Melaka hanya menampilkan 16 calon wanita, tetapi lima daripada berjaya lolos sebagai pemenang.

Lima ADUN wanita itu ialah Datuk Khaidhirah Abu Zahar (BN-Rim), Datuk Kalsom Nordin (BN-Pangkalan Batu), Siti Faizah Abdul Azis (BN-Sungai Rambai), Leng Chau Yen (PH-Bandar Hilir) dan Tuminah Kadi @ Mohd Hasim (BN-Pantai Kundor).

10. PERSEPSI TERBURUK

Dari segi prestasi parti, PKR menjadi parti dengan rekod paling buruk apabila semua 11 calon mereka gagal merebut satu kerusi pun atau dalam erti kata lain 100 peratus gagal.

Ia diikuti dengan Pas yang turut 100 peratus gagal walaupun menghantar lapan calon, tidak ketinggalan gerakan yang turut berputih mata menerusi lima calon mereka.

Bersatu yang menghantar 15 calon berjaya mendapat dua kerusi di Bemban dan Sungai Udang bagi mengelakkan kegagalan 100 peratus kem Bersatu.

WhatsApp-Image-2021-11-20-at-19.32.24-e1637407999319
WhatsApp-Image-2021-11-20-at-19.32.24-e1637407999319

11. HILANG DEPOSIT

Secara keseluruhan seramai 34 orang calon telah hilang wang deposit masing-masing. Seseorang calon hilang wang deposit apabila jumlah undi yang diperoleh mereka gagal capai satu per lapan daripada undi yang dikira.

Menariknya semua calon 22 calon Bebas termasuk YB Viral, Norhizam Baktee kehilang wang deposit masing-masing. Tidak ketinggalan semua lima calon parti Putra dan seorang calon Iman.

Dalam pada itu, penguasaan DAP di DUN Kota Laksamana dan Bandar Hilir menyaksikan semua lawan mereka hilang wang deposit termasuk calon daripada BN dan PN.

DR MOHD YADZIL
DR MOHD YADZIL

12. KEHEBATAN TIGA DOKTOR MUDA

Menariknya dalam PRN Melaka ini, tiga calon muda yang mempunyai latar belakang perubatan menang di kerusi masing-masing.

Mereka ialah Dr Muhamad Akmal Saleh (BN/UMNO – Merlimau), Dr Mohd Yadzil Yaakub (PN/Bersatu – Bemban) dan Dr Mohd Aleef Yusof (PN/Bersatu – Sungai Udang).

Dr Muhamad Akmal memang terkenal di Merlimau kerana mempunyai klinik sendiri di kawasan itu.

Dr Mohd Aleef pula merupakan pakar perubatan dan bedah yang berkhidmat di Mahkota Medical Parade.

Dr Mohd Yadzil pula merupakan pemegang Ijazah SarjanaMuda Perubatan dari Universiti Udayana, Indonesia.

13. UNDI PALING SEDIKIT

Berdasarkan kiraan SPR, rata-rata calon Bebas sememangnya memungut undi yang rendah.

Bagaimanapun, untuk pemilik undi terendah dalam PRN Melaka ialah calon Bebas DUN Gadek, Mohan Singh yang hanya memperoleh 23 undi.

Turut mencatatkan undi yang rendag ialah calon Bebas DUN Asahan, Mohd Noor Salleh yang mendapat 44 undi.

Secara total jika dihitung keseluruhan undi 22 calon Bebas jumlahnya adalah 4,226 undi.

SHANMUGAN
SHANMUGAN

14. PEMIMPIN TUNGGAL KAUM INDIA

Calon MIC, VP Shanmugan menjadi calon tunggal pemimpin berketurunan India yang menang dalam PRN Melaka.

Beliau berjaya mencipta kejayaan sebagai ADUN Gadek selepas menumbangkan calon DAP, G Saminathan dengan 559 undi.

15. TERBALAS DENDAM

Kemenangan calon BN-MCA, Datuk Lim Ban Hong di DUN Kelebang ke atas calon PH-PKR, Datuk Gue Teck ibarat terbalas dendam lama.

Ini kerana dalam pertembungan tahun 2018, Ban Hong terpaksa akur dengan kekalahan di tangan Gue Teck di DUN tersebut.

Menariknya jika pada tahun 2018 Gue Teck menang dengan majoriti 789 undi, kali ini Ban Hong yang juga Timbalan Menteri pun menang dengan perbezaan yang sedikit iaitu 876 undi.

15 perkara menarik dalam PRN Melaka


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pas nak lawan UMNO atau PH, tanya Asyraf

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker