MR DIY Lebarkan Sayap Ke Eropah, Cawangan Pertama Di Istanbul

MR DIY Lebarkan Sayap Ke Eropah, Cawangan Pertama Di Istanbul

Bermula dengan hanya menjual barangan perkakasan rumah pada tahun 2005 di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, kini MR DIY telah menjadi kedai peruncitan perkakasan rumah terbesar di Malaysia dan juga memiliki cawangan di Brunei dan Indonesia.

Terbaharu, MR DIY telah melebarkan lagi sayapnya dengan pembukaan kedai pertama MR DIY di Istanbul, Turki. Hal itu turut mendapat perhatian Kedutaan Turki di Kuala Lumpur dan pihak kedutaan mengucapkan tahniah atas pembukaan kedai pertama MR DIY di sana.

Difahamkan, akan lebih banyak kedai MR DIY bakal dibuka di sana. Turki ialah pasaran kesembilan syarikat itu dan kedua di luar Asia Tenggara. Pembukaan tersebut turut mendapat perhatian netizen Malaysia dan rata-rata netizen berasa bangga dengan pencapaian syarikat MR DIY.

Pada Oktober 2020, MR DIY membuat penampilan sulungnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad dan penyenaraian MR DIY adalah penyenaraian terbesar di bursa Malaysia pada tahun itu. Berdasarkan harga terbitan RM1.60 sesaham ketika itu, MR DIY dinilai pada permodalan pasaran RM10 bilion. Vc

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

MR DIY Lebarkan Sayap Ke Eropah, Cawangan Pertama Di Istanbul


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Isteri Fizo, cantik dan bijak – Netizen

PN kalah di PRN Melaka kifarah atas kesombongan Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker