Kadir jangan hina pengundi Melaka – Najib

Kadir jangan hina pengundi Melaka – Najib

Najib Razak membidas wartawan veteran Abdul Kadir Jasin selepas dia meluahkan rasa kecewa terhadap keputusan pilihan raya negeri (PRN) Melaka di media sosial.

“Pak Kadir kenapa sampai menghina pengundi? Geram ke?” tulis Najib di Facebook sebagai respons kepada hantaran berkenaan.



Kadir sebelum itu meluahkan kekecewaannya terhadap keputusan PRN Melaka, dengan menyifatkan rakyat Melaka mungkin “dikutuk berabad-abad lalu kerana hidup dalam kegelapan dan penaklukan selama-lamanya”.

Kadir berkata kebangkitan semula “kleptokrasi BN ” pada PRN tersebut boleh melenyapkan semua usaha reformasi terhadap kerajaan dan penghapusan rasuah di negara ini.

“Semoga kebodohan orang Melaka menyokong kleptokrat dan anggota kluster mahkamah tidak menjadi pandemik di seluruh negara.

“Mungkin orang Melaka telah dikutuk berabad-abad lalu untuk hidup dalam kegelapan dan penaklukan selama-lamanya,” katanya dalam catatan Facebook semalam.



Selain Najib, kenyataan Kadir itu turut mengundang kecaman ahli majlis tertinggi Umno, Puad Zarkarshi.

“Sempit betul pemikiran Kadir. Salahkan rakyat Melaka yang guna hak demokrasi mereka memilih sebuah kerajaan yang stabil. Rakyat Melaka tidak mahu masuk lubang biawak kali kedua.

“Orang Melaka penat dan bosan dengan janji kosong, janji tidak ditepati, kerajaan pembohong, amal pendakwaan terpilih, majoriti lemah dan tidak stabil.

“Sebab itu rakyat beri kemenangan majoriti dua pertiga kepada BN. Maka siapa yang dungu? Rakyat Melaka atau Kadir Jasin yang masih meratib Najib, Najib. Orang Melaka akan hidup kegelapan jika masih di bawah PH,” kata Puad.



Selain menyerang BN, Kadir dalam hantarannya turut menyentuh mengenai prestasi buruk PH dalam PRN Melaka, dengan mengatakan kepimpinan baru diperlukan untuk menerajui gabungan itu.

“Prestasi suram oleh PH mengukuhkan pandangan secara meluas bahawa kepimpinannya yang semakin tua tidak boleh lagi membakar imaginasi pengundi.

“Seperti mana kita mahu melihat BN dan Umno membebaskan diri mereka daripada cengkaman rasuah, kita juga ingin melihat PH dipimpin oleh pemimpin yang lebih muda dan tidak membawa ‘bagage’.

“Sungguh menyedihkan melihat pemimpin muda yang cemerlang semakin tua dan kecewa kerana penyandangnya tidak mahu memberi laluan kepada mereka,” katanya.



Kadir Jasin menambah bagi PN dan Bersatu, masa depan mereka tidak meyakinkan dan dia tidak akan terkejut sekiranya PAS kembali kepada Umno selepas keputusan pilihan raya yang teruk itu.

BN merampas semula Melaka dengan memperolehi majoriti dua pertiga kerusi DUN pada PRN yang diadakan Sabtu lalu apabila memenangi 21 kerusi yang ditandinginya, manakala PH menang lima kerusi, menurun daripada 15 kerusi pada PRU sebelumnya.

PKR yang dipimpin Anwar Ibrahim tidak memenangi sebarang kerusi, manakala DAP dan Amanah menyaksikan kerusinya berkurang separuh.

PN sebaliknya berjaya memperoleh dua kerusi melalui Bersatu, manakala dua lagi parti komponennya PAS dan Gerakan gagal memenangi sebarang kerusi. Mk



Kadir jangan hina pengundi Melaka – Najib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700



Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker