Asyraf dua kali bertanding PRU pun kalah – Ahmad Fadhli
Asyraf dua kali bertanding pru pun kalah – Ahmad Fadhli
Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari memulangkan ‘paku buah keras’ kepada rakan sejawatnya Asyraf Wajdi Dusuki dengan pesanan supaya ketua pemuda Umno itu menjaga tarafnya.
Malah anggota Parlimen Pasir Mas itu turut menafikan dia mengeluarkan kenyataan mengatakan PAS mahu menggugat kubu BN.
“Tidak ada pun dalam kenyataan saya yang PAS mahu gugat kubu BN. Bacalah betul-betul sebelum buat komen, anda kan ketua Pemuda.
“Belajar cari kenyataan asal, copy paste ke dalam Microsoft Word, gunakan kekunci Ctrl+F dan cari perkataan ‘gugat’.
“Yang anda akan jumpa ialah sekiranya PH masih bermain dengan sentimen yang menggugat keharmonian negara dan kerukunan Keluarga Malaysia, tidak mustahil hanya DAP yang akan kekal, dan parti lain akan terus tersungkur,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Terdahulu Malaysiakini melaporkan Asyraf mendakwa Ahmad Fadhli mengeluarkan kenyataan angkuh berhubung keputusan pilihan raya negeri (PRN) Melaka.
Sementara itu Ahmad Fadhli menjelaskan perkataan ‘gugat’ hanya diguna dalam laporan Utusan Online.
“Takkanlah nak buat kerja senang macam tu pun tak boleh. Yang sebut perkataan ‘gugat’ itu ialah Utusan. Buat kerja rumah sikit ya, jaga taraf kita tu.
“Ops maaf, dua kali bertanding pilihan raya dua kali kalah, what do you expect,” katanya.
Sebagai rekod Asyraf bertanding di Parlimen Tumpat dalam pilihan raya umum ke-12 (PRU) dan Parlimen Pasir Puteh pada PRU14, bagaimanapun gagal dalam kedua-dua percubaan. Mk
Asyraf dua kali bertanding pru pun kalah – Ahmad Fadhli
Baca Artikel Menarik :
- Pas Keluarga Malaysia Prasarana galak guna pengangkutan awam – Ismail
- Keena minta Baby Shima hentikan publisiti murahan
- Adun DAP mahu Anwar berundur sebagai ketua pembangkang
- BN, UMNO bawa aura ‘feel good’ ke Melaka
- Ingatkan Uqasha, rupanya Emma Maembong
- Rauf nafi ada pihak tak setuju Sulaiman dilantik ketua menteri
- Shahrulezad Bidas Annuar Musa, Selamat Datang Ke Dunia Jahanam
- PH kalah kerana pengkhianatan Muhyiddin – Mat Sabu
- Mursyidul Am PAS akui akar umbi pilih Muafakat Nasional
- Dana 1MDB dipegang syarikat suami Zeti mesti disiasat
- Wanita bawa duit dalam beg plastik beli Ninja 250
Layari Laman Facebook MYKMU
Isteri Fizo, cantik dan bijak – Netizen