Resepi Kimchi Timun Crunchy

Resepi Kimchi Timun Crunchy

Pernah dengar Oi Sobagi? Kimchi timun yang sedap dan crunchy dipanggil oi sobagi.

Makanan ala Korea yang menyerupai kimchi kobis ini amat popular dalam kalangan penggemar kuliner Korea. Pasalnya rasa makanan ini sama saja dengan kimchi kobis beza hanya menggunakan timun dan rangup.

Penyajiannya juga mudah sangat dalam 30 minit boleh siap. Sesiapa yang hantu korea boleh cuba buat. Makan kimchi timun ratah macam itu sahaja sambil layan drama korea pun syok.

Resepi kimchi timun kali ini dikongsikan oleh Aishah Mat Adam di laman Facebook. Makan dengan nasi putih beras wangi dan telur goreng, sedap sungguh. Selamat mencuba.

Bahan-bahan :

8 biji timun kecil,
2 sudu garam,
2 biji lobak merah,
1 biji lobak putih,
1 biji bawang Bombay,
5 ulas bawang putih,
1 inci halia,
Daun bawang secukupnya.

Bahan Pes :

2 sudu sos ikan,
4 sudu besar serbuk cili (saya guna serbuk cili Babas),
3 sudu tepung pulut,
1 cawan air,
2 sudu bijan (untuk hiasan).

Cara-cara :

Timun belah 4 tapi jangan sampai terpotong hujung timun (anggaran 2 inci dari hujung).
Lumur garam ke seluruh timun. Kemudian rehatkan selama 20 minit.
Hiris nipis lobak merah dan lobak putih.
Daun bawang dipotong kasar.
Blender bawang putih, halia dan bawang bombay.
Dalam periuk masukan tepung pulut dan air, masak dengan api pelahan sampai pekat.
Kemudian masukkan serbuk cili, sos ikan dan gula. Pes kimchi sudah siap.
Sejukkan pes dalam mangkuk.
Jika sudah sejuk, boleh satukan dengan semua sayur yang sudah siap dipotong kecuali timun.
Cuci bersih timun yang sudah dilumur garam. Cuci sampai hilang rasa masin.
Masukkan kimchi dalam belahan timun. Masa ini kena lembut sedikit, agar timun tidak patah.
Akhir sekali boleh tabur bijan.

Selain resepi kimchi timun, terdapat juga resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Resepi Kimchi Timun Crunchy


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700

Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker