Kemenangan di Melaka isyarat terbaik adakan PRU-15?

PASIR GUDANG: Kejayaan Barisan Nnasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dilihat isyarat terbaik untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam waktu terdekat.

Suara akar umbi parti itu menyuarakan pandangan dan kesediaan mereka dalam menggerakkan jentera pilihan raya.

Timbalan Ketua UMNO Cawangan Taman Mawar, Mohd Hashim Marsidi berkata, keputusan PRN Melaka adalah luar jangkaan akar umbi sepertinya.

Katanya PRU juga boleh menghentikan perebutan jawatan dan tindakan saling mencabar sesama ahli politik.

“Mengikut pandangan daripada orang bawahan, mereka mahukan PRU diadakan secepat mungkin.

“Pemimpin asyik berpolitik dan tidak fikirkan rakyat, pentingkan jawatan mereka, sentiasa ubah gerak kerja perancanagan, janji diubah.

“Itu yang jadikan rakyat muak dengan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

“Ini bukan cakap besar, kita di peringkat bawah sudah bersedia, insyaAllah,” katanya.

Suara akar umbi BN turut berpandangan rakyat sudah mula sedar dengan permainan politik dan janji parti lain selain BN.

Ketua Penerangan UMNO Cawangan, Ramli Ahmad berkata, yang dibuat hanya berdasarkan angan-angan dan bukan realiti kehidupan.

“Selepas kalah dalam PRU lepas, kita orang UMNO sudah bersedia untuk adakan PRU semula.

“Kita rasa kekalahan itu berdasarkan rakyat yang difitnah untuk membenci pemimpin.

“Saya rasa PRU14 tidak adil, kita kena adakan PRU secepat mungkin,” katanya.

Malah mereka berpendapat bahawa, dengan pelaksanaan PRU15 akan menghapuskan amalan lompat parti dalam kalangan pemimpin politik.

Kemenangan di Melaka isyarat terbaik adakan PRU-15?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Melaka: Akhirnya katak-katak politik terkena ‘sumpahan’ bumi Melaka

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker