Sulaiman Md Ali KM baharu Melaka

Sulaiman Md Ali KM baharu Melaka

MELAKA: Barisan Nasional (BN) memenangi 19 kerusi DUN setakat ini, sekali gus memenangi pilihan raya negeri Melaka dengan majoriti dua pertiga, menurut bilik gerakan gabungan itu.

Sulaiman Md Ali dijangka dilantik Ketua Menteri baharu setelah beliau memenangi kerusi Lendu.

Antara kerusi lain yang dimenangi oleh BN ialah Lendu, Ayer Molek, Merlimau, Kuala Linggi, Ayer Limau, Taboh Naning, Tanjung Bidara dan Kelebang.

Antara keputusan utama PRN itu ialah kemenangan Abd Rauf Jusoh (BN) di Tanjung Bidara, menewaskan calon Ketua Menteri PN, Mas Ermieyati Samsudin di Tanjung Bidara.

BN turut membuat kejutan di Gadek. Calonnya VP Shanmugam menewaskan penyandang kerusi itu G Saminathan dari Pakatan Harapan-DAP.

PH juga gagal mengekalkan kerusi Durian Tunggal dengan calon BN Zahari Kalil, unggul di situ. FMT

Sulaiman Md Ali KM baharu Melaka


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700

Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker