Sulaiman komited membawa pembangunan Melaka – Tun Khalil

Sulaiman komited membawa pembangunan Melaka – Tun Khalil

Bekas Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob mengakui calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali mempunyai kekuatan berserta karakter yang tersendiri sebagai pemimpin.

Katanya, calon Ketua Menteri Melaka itu juga merupakan seorang yang komited dalam membawa negeri ke arah pembangunan.

“Sulaiman mempunyai personaliti yang sangat bagus tiada siapa boleh lawan… suara dia pun bagus. Sulaiman ini mempunyai personaliti yang kuat, saya telah banyak kali berjumpa beliau ketika menjadi exco dan sebagainya.



“Saya nampak beliau seorang yang bekerja keras… ini yang mesti kena ada pada semua ketua-ketua menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya media ekoran laporan portal berita dan reaksi pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang mengatakan bahawa beliau dilihat memberi sokongan kepada kepimpinan daripada parti tersebut.

“Semasa saya menjadi Yang Dipertua Negeri Melaka, saya diberi khidmat oleh empat Ketua Menteri bermula dengan Tun Mohd Ali Rustam, Datuk Seri Idris Haron, Adly Zahari serta Sulaiman.

“Jadi mereka ini tanya la daripada empat ini siapa yang baik hendak ulas macam mana itu? Kalau ditanya masa jadi Yang Dipertua Negeri selepas pelantikan Sulaiman dari segi melihat dari atas saya melihat beliau mempunyai personaliti yang baik.



“Keempat-empat Ketua Menteri ini mempunyai karakter yang berbeza jadi bila diberi satu nama, saya jawab la… ditanya pasal Adly Zahari saya jawab tapi kalau ditanya berkenaan Sulaiman saya nampak beliau seorang yang bekerja keras,” katanya. UO

Sulaiman komited membawa pembangunan Melaka – Tun Khalil


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700



Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker