MITRA: Kalau berani cakaplah di luar Dewan, Rayer dicabar

MITRA: Kalau berani cakaplah di luar Dewan, Rayer dicabar

SA Vigneswaran mencabar Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer dari DAP supaya mengulangi dakwaannya di luar Dewan Rakyat, kononnya Presiden MIC itu terkait dengan penyalahgunaan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

Bercakap kepada pemberita selepas penamaan calon bagi pemilihan MIC di ibu pejabat parti hari ini, Vigneswaran berkata Rayer membuat dakwaan itu dalam Dewan kerana dilindungi hak istimewa Parlimen.

“Beliau tahu boleh mengatakan apa saja dalam Dewan Rakyat kerana mempunyai hak istimewa Parlimen.

“Jika betul-betul berani, minta beliau ulangi dakwaan itu di luar Parlimen. Jangan jadi pengecut dan sekadar membuat dakwaan di dalam Dewan Rakyat,” katanya.

Vigneswaran berkata, semua dakwaan Rayer di Parlimen itu adalah pembohongan, dengan menambah tuduhan seperti itu biasa dilemparkan ketika pilihan raya.

Pada Rabu, Dewan Rakyat kecoh selepas Ahli Parlimen Jelutong itu mengasak Menteri Perpaduan Halimah Sadique sama ada terdapat pemimpin MIC terlibat dalam skandal itu, dengan menamakan Vigneswaran dan Setiausaha Agung MIC M Asojan.

Halimah bagaimanapun enggan mendedahkan butiran berhubung geran MITRA yang didakwa disalahgunakan itu kerana perkara berkenaan masih disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM bulan lalu menahan 16 orang berkaitan dakwaan penyelewengan dana MITRA dari 2019 hingga 2021. Siasatan masih berterusan. FMT

MITRA: Kalau berani cakaplah di luar Dewan, Rayer dicabar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700

Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker