GKP Fasa 2 dibayar Selasa depan – Ismail
GKP Fasa 2 dibayar Selasa depan – Ismail
Pembayaran Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 Fasa 2 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) berjumlah RM500 akan dibuat mulai Selasa depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran tersebut bakal memanfaatkan lebih sejuta peniaga kecil dan sederhana (PKS) mikro yang layak.
“Bayaran ini adalah lanjutan daripada bayaran Fasa 1 sebanyak RM500 yang telah dibuat pada September 2021.
“Secara keseluruhan, setiap peniaga terbabit akan menerima bayaran berjumlah RM1,000 di bawah GKP 4.0 bagi meringankan beban kewangan mereka akibat pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pada masa sama, beliau berkata, inisiatif itu akan melibatkan penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0 dan penerima baharu GKP 4.0 dengan implikasi kewangan sebanyak RM500 juta.
Katanya, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP dan semakan status kelulusan GKP 4.0 boleh dibuat mulai 22 November depan melalui Portal GKP iaitu https://gkp.hasil.gov.my.
“Secara keseluruhan, jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada lebih sejuta PKS mikro di bawah GKP sejak Covid-19 melanda negara adalah sebanyak RM6.08 bilion.
“Kerajaan berharap agar bantuan tunai berterusan kepada PKS mikro yang layak ini dapat membantu aliran tunai di samping menggerakkan dan memulihkan kembali perniagaan mereka yang merupakan sektor yang paling terjejas sepanjang pandemik Covid-19,” katanya. K Online
GKP Fasa 2 dibayar Selasa depan – Ismail
Baca Artikel Menarik :
- 7 syarat Nynaa sekiranya suami mahu berjumpa
- Ustaz Kazim Dedah Alami Penyakit ‘Ain’ (Video)
- PRN Melaka: Syukur rakan jemaah PAS ikhlas sokong calon BN
- Anggota polis pukul wanita dalam lif dipindah tugas
- Najib bidas 2 tomahan Anwar dengan fakta
- Bersatu, PAS tinggalkan mesyuarat depan PM antara punca rundingan gagal
- Warga emas jadi ‘rider’ demi cari rezeki [VIDEO]
- Imej salib hilang: Adakah DAP cuba tipu Melayu?
- YouTuber Sabrina cetus fenomena di Korea Selatan
- Rita dakwa ada sekolah letak guru tolak vaksin dalam tandas
- Peniaga ‘naik hantu’, parking depan kedai tapi singgah kedai lain
Layari Laman Facebook MYKMU
Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir
You must be logged in to post a comment.