BN janji perkenal enakmen anti lompat parti

BN janji perkenal enakmen anti lompat parti

MELAKA: Barisan Nasional (BN) memberi komitmen untuk memperkenalkan enakmen anti lompat parti serta meminda peruntukan undang-undang berkaitannya untuk menangani isu lompat parti dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka.

Komitmen itu dizahirkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas BN berjaya membentuk kerajaan Melaka, dengan memenangi 15 kerusi DUN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.



Komitmen lain kata beliau, gabungan itu akan mengusulkan kerjasama antara ADUN untuk memastikan jangka hayat DUN Melaka kekal untuk tempoh empat tahun dari hari pertama bersidang.

“BN juga akan memperkenalkan agenda transformasi dan pengukuhan dalam sidang DUN untuk membolehkan ADUN memainkan peranan lebih efektif dalam penggubalan dasar,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama BN di Ayer Keroh, malam ini. BH

BN janji perkenal enakmen anti lompat parti


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700

Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker