PRN Melaka: PH selesai isu bahagi kerusi dalam masa dua hari lagi

KUALA LUMPUR: Isu pembahagian kerusi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diputuskan selewat-lewatnya lusa.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, perkara itu masih lagi dalam perbincangan dan akan diputuskan dalam masa terdekat.

“Masih dibincangkan, keputusan sehari dua ini,” katanya ringkas selepas sidang akhbar pembentangan Bajet PH di Parlimen hari ini.



Dalam masa yang sama, Mohamad berkata, PH akan berunding dengan mana-mana pihak yang ingin bertanding nanti supaya pembangkang hanya meletakkan satu calon sahaja sekali gus tiada pertindihan yang akan berlaku.

Ia berikutan Presiden Parti Ikatan Demokratik Rakyat Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan parti itu mengambil keputusan akan bertanding dalam PRN Melaka pada November depan.

“Kita kalau boleh pembangkang biar bersatu. Kalau boleh. Kita akan berunding dengan siapa sahaja. Biarlah pihak pembangkang satu calon. Kalau belah sana, ikut merekalah,” katanya.

Mengulas mengenai larangan berkempen pada PRN Melaka nanti, Mohamad turut menjelaskan yang pihaknya tidak boleh menerima sekatan tersebut kerana Melaka kini berada dalam fasa keempat.



“Kita akan bincang balik, sebab dia fasa empat. Sekarang ini, kita bergantung pada risalah. Mereka kata, penerangan macam mereka kata boleh guna Penerangan TV. Takkan kita nak dapat RTM dan TV3?

“Jadi pihak mereka kelebihan untuk semua perkara itu. Jadi, untuk berkempen kita akan guna jalan terbaik,” katanya.

PRN Melaka: PH selesai isu bahagi kerusi dalam masa dua hari lagi


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Azhar benar usul Anwar berhubung penjualan aset Petronas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker