Agaknya Mahathir mahu jemput saya guna Yayasan Kepimpinan Perdana

 

SHAH ALAM – “Mungkin Tun Dr Mahathir Mohamad mahu jemput saya guna bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya sebagai pejabat.

“Ini kerana beliau sendiri pernah berkata bangunan yayasan itu boleh digunakan oleh semua bekas Perdana Menteri,” demikian sindiran tajam Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Dr Mahathir dalam satu sidang media di sebuah hotel di Melaka pada petang Jumaat.



Kata-kata bersifat sarkastik diluahkan Najib itu sebenarnya merupakan reaksi balas terhadap tindakan bekas Perdana Menteri dua kali itu.

Hal ini berikutan Dr Mahathir bertindak mempersoalkan cadangan Kabinet untuk menghadiahkan sekeping tanah dan peruntukan untuk pembangunan pejabat kepada Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) itu pada sidang Parlimen.

Menurut Ahli Parlimen Langkawi itu, tawaran peruntukan tanah yang ingin ‘dihadiahkan’ kepada Najib didakwa bernilai RM100 juta dan beliau mempersoalkan jasa yang diberikan bekas Presiden UMNO sepanjang menjadi Perdana Menteri keenam.

Berikutan itu, Najib memutuskan untuk menolak tawaran kerajaan yang layak dimilikinya sebagai bekas Perdana Menteri kerana beliau tidak mahu ia dijadikan modal kempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ketika ini.



“Jika rakyat tidak selesa, saya sudah memohon kediaman seperti dibenarkan Akta Kerajaan, saya boleh tarik permohonan pada tahun 2018 itu.

“Permohonan ini berdasarkan Akta Saraan Bekas Perdana Menteri 1980 yang mana akta tersebut telah diubah suai diperbaiki pada tahun 2013,” kata Ahli Parlimen Pekan itu lagi.

DR MAHATHIR
DR MAHATHIR

 

Kata Najib lagi, meskipun peruntukan itu belum diluluskan, namun, tegasnya, tindakan menolak itu dibuat kerana menyedari keadaan yang dihadapi rakyat selepas pandemik Covid-19.



“Oleh itu saya membuat keputusan untuk menolak tawaran tersebut, walaupun secara prinsipnya ia berdasarkan kelayakan semua bekas Perdana Menteri.

“Saya menyedari dan memahami ketika rakyat berdepan saat sukar ini, keutamaan negara adalah kepada rakyat,” jelasnya lagi.

Dalam masa sama, Najib turut mencadangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar meneliti semula peruntukan terbabit.

“Memandangkan isu ini telah cetuskan suasana tidak selesa, saya cadangkan kepada Perdana Menteri untuk melihat semua peruntukan kelayakan ini.



“Sekira perlu menarik semula peruntukan ini, semua bekas Perdana Menteri termasuk selepas saya. Bagi bekas Perdana Menteri yang telah terima tidak perlu kerajaan tarik balik peruntukan berkenaan,” katanya lagi.

Ditanya sama ada beliau mengetahui nilai hartanah ditawarkan oleh kerajaan bernilai RM100 juta, Najib menegaskan beliau hanya mengetahui nilai hartanah yang ditawarkan oleh kerajaan terhadapnya bernilai RM100 juta selepas dibangkitkan oleh ahli Parlimen pembangkang dalam sidang Parlimen pada Khamis.

“Berdasarkan peruntukan, saya diberikan tiga pilihan oleh Jabatan Perdana Menteri pada 2018 untuk dipertimbangkan.

“Jadi saya ambil pilihan itu (tanah), saya tak tahu nilai sebenar tanah itu. Itu bukan kerja saya untuk menilai tanah, itu kerja pihak berkuasa dan buat keputusan,” jelasnya.



Sementara itu, dalam sidang media sama, Najib turut meluahkan kekecewaannya kerana menjadi mangsa siri serangan pelbagai pihak dalam kempen PRN Melaka.

Walaupun tidak disenaraikan sebagai calon di PRN Melaka mahupun menjawat jawatan tertinggi dalam UMNO atau Barisan Nasional (BN), namun beliau hairan kenapa dirinya menjadi sasaran pihak lawan.

Agaknya Mahathir mahu jemput saya guna Yayasan Kepimpinan Perdana


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Walaupun layak mengikut undang-undang, Najib umumkan tolak tawaran kerajaan [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker