PRN Melaka: Mas Ermieyati tidak yakin PN menang

PRN Melaka: Mas Ermieyati tidak yakin PN menang

Mas Ermieyati Samsudin, yang merupakan antara calon ‘heavyweight’ Perikatan Nasional (PN), yakin tiada gabungan politik yang akan mendominasi pilihan raya kali ini.

Dia yang juga ahli parlimen Masjid Tanah itu berkata, ini kerana Umno memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu.

“Bagi PN, saya setuju apabila dikatakan tiada parti yang dominan kali ini. Saya secara keseluruhannya setuju yang tak ada parti yang akan menang besar kali ini.

‘Selepas (hari mengundi pada) 20 November ini, (persoalannya adalah) macam mana kita nak membentuk kerajaan,” katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini.

Timbalan menteri di jabatan perdana menteri itu akan berdepan Pengerusi Umno Melaka Ab Rauf Yusoh dan calon PH Zainal Hassan di DUN Tanjung Bidara.

Dia merujuk keputusan Umno yang enggan bekerjasama dengan PN yang diketuai Bersatu dalam PRN Melaka.

Ia walaupun PN dan BN – yang diketuai Umno – bersama-sama dalam kerajaan persekutuan.

Justeru, kata Mas Ermieyati, terpulang kepada Umno untuk membuat keputusan apabila tiba masanya membentuk kerajaan negeri, jika ia gagal mendapat majoriti.

“Tentunya ada perbincangan antara parti berkenaan kerjasama dalam PRN ini. Tapi kita lihat Umno memutuskan untuk tidak terima Bersatu.

“Saya juga bertanya soalan yang sama: Bagaimana nanti kalau BN tidak cukup kerusi? Adakah (BN) akan ada satu jajaran baru, sama ada dengan DAP atau PKR?

“Jadi beban bukan di bahu PN, bukan kami yang putuskan (kerjasama) tetapi mereka. Jadi kita tengoklah bagaimana episod selepas 20 November ini, bagaimana rentak dan percaturan selepas itu.

“Pastinya pembentukan (kerajaan negeri) akan memerlukan bukan hanya satu parti tetapi (bersama) parti lain,” katanya lagi.

Dalam wawancara ini, Mas Ermieyati juga menyuarakan harapan agar krisis politik Melaka akan selesai tak lama lagi

“Saya khuatir kalau ia tak diselesaikan, kestabilan politik tidak akan berlaku.”

PRN Melaka: Sah wujud dua kem dalam Bersatu

Ditanya mengapa dia bertanding kerusi DUN yang terletak di dalam kawasan parlimennya, Mas Ermieyati menjelaskan dia ingin menyumbangkan kerusi kepada PN, memandangkan dia sudah pun dikenali penduduk di situ.

Menurut peguam itu, dia pada mulanya merancang untuk bertanding di Ayer Limau – kampung halamannya – tetapi kepimpinan Bersatu memutuskan dia perlu ke Tanjung Bidara untuk berdepan Rauf dan Zainal.

“Betul, saya sebenarnya tak perlu bertanding kerana saya sudah menjadi ahli parlimen dan timbalan menteri.

“Tetapi hasrat saya (untuk bertanding) apabila DUN terbubar, yang disebabkan penarikan sokongan dari Umno yang tak sepatutnya berlaku. PRN ini diadakan pada waktu yang tak sepatutnya.

“PRN ini menjadi simbol kepada PRU yang akan datang. Maka perlu untuk kita menang PRN dengan jayanya. Saya sebagai ketua bahagian dan pengerusi PN Masjid Tanah perlu menyumbangkan kerusi kepada PN.

“Mungkin saya ada sedikit kelebihan sebagai ahli parlimen Masjid Tanah,” kata Mas Ermieyati.

DUN Tanjung Bidara terletak dalam kawasan parlimen Masjid Tanah.

Pada masa sama, dia akui yang ia bukan satu jalan mudah untuknya, terutama apabila Umno mencalonkan Rauf dan Tanjung Bidara adalah kerusi tradisi Umno.

Dia sendiri pernah menjadi pemimpin Umno sebelum menyertai Bersatu ketika parti serpihan itu masih dalam PH. Dia menang di Masjid Tanah dengan tiket Umno ada 2013 dan 2018.

Ditanya jika dia pernah menimbang untuk kembali kepada Umno, Mas Ermieyati berkata dia tiada hasrat sedemikian.

“Ini adalah parti terakhir saya.

“Dua bulan lepas ada dakwaan yang saya dan (Menteri Dalam Negeri) Hamzah Zainudin akan kembali (kepada Umno). Ini salah, tuduhan yang berniat jahat.”

Menurutnya, dia ingin kekal dalam Bersatu kerana senang dengan cara presiden parti, Muhyiddin Yassin memimpin PN.

PRN Melaka tercetus setelah runtuhnya kerajaan Umno-Bersatu selepas 19 bulan mentadbir negeri.

Empat orang Adun menarik balik sokongan mereka kepada Sulaiman Md Ali selaku ketua menteri dalam usaha menubuhkan kerajaan baru bersama PH.

Bagaimanapun, Sulaiman kemudian membubarkan DUN.

Kerajaan Umno-Bersatu ditubuhkan pada Mac 2020 selepas runtuhnya kerajaan PH, juga dengan cara yang serupa.

PRN Melaka: Mas Ermieyati tidak yakin PN menang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini

Lawak ‘Terlampau’ – Puteh mohon maaf kepada Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker